IIUM Repository

Hak wanita dalam Islam: cabaran-cabaran pemodenan

Mohd Zin, Najibah (2012) Hak wanita dalam Islam: cabaran-cabaran pemodenan. In: Rights of Muslim Women in the Modern World Proceedings, 11-12 April 2012, Brunei International Defence Exhibition Centre (BRIDEX).

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

PENGENALAN: Perbincangan tentang hak-hak wanita dalam Islam sentiasa mendapat kritikan bukan hanya oleh masyarakat barat tetapi juga oleh aktivis wanita Islam yang menerajui pemikiran liberal. Tidak kurang juga ia datang daripada wanita Islam yang ditindas disebabkan amalan budaya yang dilihat bersifat berat sebelah terhadap wanita dan sistem perundangan yang tidak praktikal sehingga interpretasi undang-undang yang dipakai memberikan impak negatif terhadap wanita. Persepsi ini juga dipengaruhi oleh penulisan-penulisan orientalis barat yang mentafsirkan kedudukan wanita Islam melalui kaca mata amalan budaya yang menyebabkan agama Islam dianggap sebagai agama yang menindas kaum wanita. Kekeliruan ini ditambah pula oleh deklarasi antarabangsa seperti CEDAW yang dilihat mengutamakan konsep kesamaan gender dan menjadikan undang-undang Islam sebagai halangan utama bagi pelaksanaan intipati deklarasi tersebut. Pada masa yang sama, kebanyakan adat yang diamalkan oleh orang Islam, lebih-lebih lagi di negara-negara Islam sering kali menunjukkan layanan yang buruk terhadap wanita. Oleh itu, penulisan ini akan melihat dengan lebih mendalam tentang hak-hak asasi wanita berdasarkan bukti yang menunjukkan bahawa undang-undang Islam mempunyai rangkuman undang-undang sangat lengkap dan menyeluruh untuk mcngatur hal-ehwal kaum wanita dan meninggikan martabat mereka dalam dalam masyarakat. Kajian ini juga melibatkan analisis semasa terhadap prinsip-prinsip sedia ada bagi menentukan kesesuaiannya dalam era moden ini. Rujukan turut dibuat terhadap undang-undang antarabangsa bagi mengukuhkan lagi hujah dan membuat perbandingan kesesuaian undang-undang antarabangsa tersebut dengan kedudukan wanita dalam Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Additional Information: 665/23503
Uncontrolled Keywords: Womens right in Islam
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
Depositing User: Prof. Dr Najibah Mohd Zin
Date Deposited: 24 Apr 2012 09:11
Last Modified: 09 May 2023 15:02
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/23503

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year