IIUM Repository

Kaedah menafkahkan anak yatim berdasarkan perundangan Islam: satu tinjauan literatur

Yaakob, Nurul Huda and Awang, Abdul Bari (2011) Kaedah menafkahkan anak yatim berdasarkan perundangan Islam: satu tinjauan literatur. In: National Conference on Dispute Resolution , 20 October 2011, Bangi. (In Press)

[img] PDF (Kaedah menafkahkan anak yatim berdasarkan perundangan Islam: satu tinjauan literatur )
Restricted to Repository staff only

Download (222kB) | Request a copy

Abstract

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memaparkan pertambahan bilangan anak yatim yang menghuni di Rumah Anak Yatim dan dianggarkan lebih daripada 40 ribu anak-anak yatim ini memerlukan bantuan sara hidup yang lebih sempurna. Permasalahan yang berlaku adalah apabila terdapat sebahagian institusi yang gagal menjaga keperluan asas anak yatim dengan baik, malah lebih menyedihkan apabila terdapat institusi- institusi yang menggunakan anak-anak yatim ini sebagai alat untuk memohon bantuan dan simpati daripada masyarakat. Justeru, kajian ini cuba untuk merungkaikan permasalahan ini dengan meninjau kaedah yang sesuai untuk menafkahkan anak yatim di Malaysia, khususnya di negeri Selangor. Kajian ini secara keseluruhannya adalah berhubung dengan permasalahan Perundangan Islam (fiqh) dan usul fiqh dan kajian ini akan melibatkan dua institusi utama iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), Ampang, Selangor dan Rumah Kebajikan Baiti Saidatina Khadijah, Gombak. Tinjauan awal literatur ini telah mendedahkan bahawa terdapat kelompangan di dalam kajian-kajian sebelum di mana tiada kaedah khusus untuk menafkahkan anak yatim di negara ini. Justeru, adalah diharap kajian ini berupaya membuka jalan dan membantu pihak-pihak yang terlibat di dalam pengurusan anak yatim yang lebih sistematik dan dalam masa yang sama ia juga mampu untuk menyumbangkan kepada perkembangan dunia akademik secara amnya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Uncontrolled Keywords: nafkah, anak yatim, perundangan Islam (fiqh)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP140 Islamic law (Fiqh)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Depositing User: Dr Abdul Bari Awang
Date Deposited: 29 Dec 2011 15:39
Last Modified: 29 Dec 2011 18:18
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/13833

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year