IIUM Repository

Pasangan berdampingan: giliran dan struktur interaksi wacana wawancara

Idrus, Azean Idruwani and Faizal, Maizatul Aliya Ashiqin (2040) Pasangan berdampingan: giliran dan struktur interaksi wacana wawancara. Jurnal al-Sirat, 26 (2). pp. 188-203. ISSN 1823-4313 E-ISSN 2785-9169

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (4MB) | Preview

Abstract

Wacana perbualan merupakan medium utama dalam komunikasi sosial yang memperlihatkan bagaimana makna dibina melalui pertukaran ujaran secara berurutan, kontekstual, dan terancang. Dalam konteks wawancara, interaksi antara pewawancara dan responden bukan sahaja berfungsi sebagai penyampaian maklumat, malah mencerminkan organisasi perbualan yang sistematik melalui struktur tertentu seperti pasangan berdampingan. Walau bagaimanapun, dalam konteks media digital yang semakin berkembang analisis sistematik terhadap pasangan berdampingan dalam konteks wawancara media digital masih kurang dianalisis secara mendalam dan konsisten. Keadaan ini menyebabkan pemahaman terhadap cara struktur interaksi dibina, dirunding, dan dikekalkan dalam wacana perbualan wawancara menjadi tidak menyeluruh serta bersifat fragmentari. Akibatnya, peranan sebenar pasangan berdampingan sebagai mekanisme teras dalam menstrukturkan interaksi tidak dapat dihuraikan secara empirikal dan komprehensif.Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pasangan berdampingan yang wujud serta menganalisis peranannya dalam membentuk struktur interaksi dalam wacana perbualan wawancara. Data kajian diperoleh daripada program Kerusi DJ Nazz Bersama Tuan Haji Zainal Rashid yang disiarkan di platform YouTube melalui saluran Molek TV. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk deskriptif dan analisis tematik berpandukan Teori Analisis Perbualan oleh John Heritage (1992). Data dikumpulkan melalui pemerhatian dalam talian secara berulang dan ditranskripsikan menggunakan konvensi Jefferson bagi memastikan ketepatan representasi interaksi. Dapatan kajian menunjukkan kewujudan lapan pola pasangan berdampingan, termasuk struktur soal–jawab, andaian–bantahan, dan pertanyaan–penjelasan. Pasangan berdampingan berfungsi sebagai mekanisme utama dalam mengorganisasikan turutan perbualan serta membina koherensi interaksi. Kesimpulannya, kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang struktur interaksi dalam wacana perbualan wawancara, khususnya dalam konteks media digital

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Analisis perbualan, wawancara, pasangan berdampingan, struktur perbualan,penggiliran bertutur
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 10 Nov 2026 15:44
Last Update: 10 Nov 2026 15:44
Queue Number: 2026-11-Q6103
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/132566
Indexed In: Google Scholar, MyCite

Actions (login required)

View Item View Item