IIUM Repository

Keberkesanan integrasi quizizz dalam pengajaran kosa kata Bahasa Melayu bagi pendidikan awal kanak-kanak

Idrus, Azean Idruwani and Mg Sawmee Ullah, Nik Sumayyah and Khalidi, Nurul Iffah Athirah and Ramlan, Rabaitul Akmar and Soleh, Nur Aliya Rujha and Raja Mahadi, Raja Nur Ain Afiza (2040) Keberkesanan integrasi quizizz dalam pengajaran kosa kata Bahasa Melayu bagi pendidikan awal kanak-kanak. Innovative Teaching and Learning Journal, 10 (2). pp. 201-213. E-ISSN 2600-8572

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (282kB) | Request a copy

Abstract

Quizizz merupakan sebuah platform kuiz berasaskan permainan yang mengintegrasikan elemen audio dan visual untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan menarik. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak, penggunaan aplikasi ini penting kerana pembelajaran konvensional yang bersifat sehala dan berpusatkan guru semakin kurang berkesan berbanding kaedah pembelajaran berasaskan teknologi serta permainan yang lebih interaktif.Sehubungan itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan meneliti pendekatan pembelajaran yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kosa kata Bahasa Melayu dalam pendidikan awal kanak-kanak, di samping menganalisis tahap keberkesanan penggunaan Quizizz dalam proses tersebut. Kajian ini melibatkan seramai 10 orang murid diTabika Perpaduan, Muar, Johor. Kaedah kajian yang digunakan bagi pengumpulan data ialah temu bual dan ujian pra dan ujian pos. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan permainan digital melalui platform Quizizz adalah berkesan dan sesuai dengan tahap perkembangan kognitif serta emosi kanak-kanak. Elemen interaktif, penggunaan visual dan audio yang menarik, serta pemberian maklum balas secara segera telah menyumbang kepada peningkatan tumpuan, motivasi, dan penyertaan aktif murid dalam pembelajaran kosa kata. Skor purata murid menunjukkan peningkatan sebanyak 1.9 mata selepas pelaksanaan aktiviti pembelajaran menggunakan Quizizz. Pendekatan ini bukan sahaja selari dengan keperluan pedagogi abad ke-21 yang menekankan integrasi teknologi dalam bilik darjah, malah mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif, menyeronokkan dan berpusatkan murid.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Quizizz; Wayground; Kosa kata; Bahasa Melayu; Pengajaran dan pembelajaran; Pendidikan awal kanak-kanak
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025 Teaching (principles and practices)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 10 Nov 2026 16:10
Last Update: 10 Nov 2026 16:10
Queue Number: 2026-11-Q6094
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/132560
Indexed In: Google Scholar, MyCite

Actions (login required)

View Item View Item