IIUM Repository

Manifestasi rasa dalam puisi Melayu huministik dan puisi generatif kecerdasan buatan: satu analisis perbandingan

Muhamad Redzwan, Nur Hafiza and Muhammad Arif, Nor Hafuza and Nopiah, Julaina and Rosly, Nurul Jamilah (2026) Manifestasi rasa dalam puisi Melayu huministik dan puisi generatif kecerdasan buatan: satu analisis perbandingan. In: Seminar Linguistik Kebangsaan 2026, 28 September 2026, Universiti Malaysia Terengganu.

This is the latest version of this item.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Puisi Melayu humanistik merupakan manifestasi rasa yang berfungsi sebagai medium penyampaian emosi dan pemikiran berpandukan pengalaman sebenar pengarang. Namun begitu, kemajuan teknologi kecerdasan buatan telah melahirkan puisi generatif melalui sistem algoritma yang ternyata menjejaskan estetika dan rasa puisi tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan unsur estetika dari aspek gaya bahasa, laras bahasa dan struktur puisi serta menganalisis keupayaan penyampaian rasa bagi kedua-dua jenis puisi ini. Kajian berasaskan pendekatan kualitatif ini menerapkan Teori Rasa-Fenomenologi (1995) oleh Sohaimi Abdul Aziz. Data kajian dikumpul melalui teknik persampelan bertujuan dengan melibatkan lima puisi bertemakan patriotisme daripada antologi Lentera Zaman dan lima puisi generatif yang dijana melalui model GPT-5-Mini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa puisi Melayu humanistik lebih berkesan mencetuskan kesan rasa semula jadi dan impak emosi yang mendalam melalui penggunaan simbolisme yang mendukung pelbagai makna tersirat. Sebaliknya, puisi generatif hanya mampu membina estetika luaran yang teratur dan rapi, tetapi impak emosinya didapati bersifat didaktik dan kaku. Puisi generatif bergantung sepenuhnya kepada simulasi pola data tanpa penglibatan jiwa yang sebenar. Oleh itu, penggunaan kecerdasan buatan dalam penulisan kreatif sewajarnya bertindak sebagai instrumen sokongan inspirasi sahaja dan bukannya menggantikan sepenuhnya proses kognitif dan kreatif manusia.

Item Type: Proceeding Paper (Other)
Uncontrolled Keywords: Estetika; patriotisme; puisi Melayu humanistik; puisi generatif kecerdasan buatan; Teori Rasa- Fenomenologi (1995)
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: NOR HAFUZA MUHAMMAD ARIF
Date Deposited: 23 Oct 2026 11:42
Last Update: 23 Oct 2026 11:42
Queue Number: 2026-10-Q5805
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/132220
Indexed In: UNSPECIFIED

Available Versions of this Item

Actions (login required)

View Item View Item