Sowtali, Siti Noorkhairina (2026) Kempen kesedaran kanser payudara & kepentingan pengesanan awal melalui pemeriksaan sendiri payudara. Dewan Kosmik. 0-0.
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (7MB) | Request a copy |
Abstract
Kanser payudara merupakan ancaman kesihatan global yang meragut ratusan ribu nyawa wanita setiap tahun. Menurut World Health Organization (2026), dianggarkan 694,000 kematian dilaporkan di 164 negara daripada 184 negara pada tahun 2024 adalah disebabkan oleh kanser payudara. Sekitar 80% kejadian kanser payudara berlaku dalam kalangan wanita manakala 0.5-1.0% lelaki turut berisiko tanpa mengira peringkat umur (World Health Organization [WHO], 2026). Laporan dari data GLOBOCON (2022) menunjukkan kadar kematian akibat kanser payudara di negara-negara Asia (termasuk Malaysia) adalah seramai 315,000 yang berkait rapat dengan peningkatan umur dan indeks pembangunan manusia (IPM) (Fu et. al., 2025). Kadar kematian akibat kanser payudara secara spesifik di Malaysia dianggarkan sekitar 1.12% daripada statistik kesuluruhan di negara-negara Asia. Walaupun angkanya nampak kecil tetapi dijangkakan kadar ini akan meningkat menjelang 2050 dengan anggaran 500,000 kematian dari negara Asia (Fu et. al., 2025).
| Item Type: | Article (Magazine) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Kanser Payudara, Pemeriksaan Sendiri Payudara, Faktor Risiko, Tanda dan Gejala |
| Subjects: | R Medicine > RC Internal medicine > RC254 Neoplasms. Tumors. Oncology (including Cancer) R Medicine > RT Nursing > RT82 Nursing As A Profession |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Nursing > Department of Professional Nursing Studies Kulliyyah of Nursing |
| Depositing User: | Miss Siti Noorkhairina Sowtali |
| Date Deposited: | 06 Oct 2026 08:06 |
| Last Update: | 06 Oct 2026 08:06 |
| Queue Number: | 2026-10-Q5566 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/131872 |
| Indexed In: | Other |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
