Nopiah, Julaina and Azman, Hazim Fikri (2026) Unsur astronomi dalam peribahasa: suatu analisis semantik inkuisitif = Astronomical elements in proverbs: an inquisitive semantic analysis. Jurnal Pengajian Melayu, 37 (1). pp. 54-78. ISSN 1823-7622 E-ISSN 2735-1904
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (6MB) | Request a copy |
Abstract
Peribahasa merupakan antara bentuk puisi tertua yang mencerminkan kecerdikan dan amalan tradisional masyarakat Melayu. Justeru, kajian ini bertujuan meneliti falsafah dan akal budi Melayu di sebalik peribahasa yang berunsurkan astronomi. Sebanyak 18 peribahasa yang mengandungi leksikal langit (7), bintang (6) dan bulan (5) dikenal pasti daripada buku Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai. Daripada jumlah tersebut, tiga peribahasa yang mewakili setiap leksikal dipilih untuk dianalisis secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif. Analisis melibatkan tiga tahap, iaitu semantik skrip (makna harfiah), semantik resonans melalui Rangka Rujuk Silang (RRS), dan semantik inkuisitif (falsafah dan akal budi). Dapatan menunjukkan bahawa pemilihan unsur astronomi dalam peribahasa berkait rapat dengan ketajaman pemerhatian masyarakat Melayu terdahulu terhadap hukum alam. Sumbangan khusus kajian ini terletak pada penjelasan justifikasi saintifik dan logik di sebalik penggunaan jasad samawi sebagai perlambangan nilai moral dan tatanan sosial. Analisis membuktikan bahawa pendekatan ini berupaya mencungkil falsafah yang lebih mendalam melampaui makna permukaan, sekali gus memperkukuh kelangsungan warisan intelektual Melayu dalam mendepani arus modeniti.
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Peribahasa; astronomi, semantik inkuisitif, falsafah, akal budi Melayu, Rangka Rujuk Silang |
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | Dr Julaina Nopiah |
| Date Deposited: | 08 Oct 2026 15:41 |
| Last Update: | 08 Oct 2026 15:41 |
| Queue Number: | 2026-10-Q5484 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/131768 |
| Indexed In: | Google Scholar, MyCite |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
