Nopiah, Julaina and Hashim, Nurhazwanie (2026) Perihal jodoh dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif = The concept of marriage partners in Malay proverbs: an inquisitive semantic analysis. LSP International Journal, 13 (1). pp. 27-45. E-ISSN 2601-002X
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (4MB) | Request a copy |
Abstract
Peribahasa Melayu merupakan wahana pedoman, nasihat, dan kiasan yang mendukung sistem nilai masyarakat. Walaupun kajian terdahulu banyak menumpukan kepada pengelompokan flora, fauna, dan konsep umum, penelitian terhadap konsep fundamental kehidupan seperti perihal jodoh masih kurang diberikan tumpuan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peribahasa yang menggambarkan perihal jodoh serta menganalisis perkaitan antara objek dengan imej yang digunakan. Selain itu, kajian ini turut mencungkil falsafah dan nilai akal budi yang tersirat di sebalik konsep tersebut. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan sumber data primer daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua susunan Abdullah Hussain (2005) serta data sekunder daripada pangkalan data elektronik Malaycivilization (ATMA, UKM). Data dianalisis secara mendalam menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif dan Rangka Rujuk Silang (RRS) bagi menghubungkan lambang linguistik dengan kognitif dan sosiobudaya penutur. Hasil dapatan menunjukkan bahawa peribahasa perihal jodoh diklasifikasikan kepada tiga tema utama yang secara konsisten menyerlahkan nilai keseimbangan dalam hubungan insaniah. Kesimpulannya, kajian ini memberikan sumbangan signifikan terhadap pemahaman falsafah dan akal budi Melayu menerusi perspektif linguistic yang menyentuh aspek hubungan sesama manusia
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Akal Budi Melayu, Jodoh, Objek dan Imej, Peribahasa Melayu, Rangka Rujuk Silang (RRS), Semantik Inkuisitif |
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | Dr Julaina Nopiah |
| Date Deposited: | 06 Oct 2026 16:39 |
| Last Update: | 06 Oct 2026 16:39 |
| Queue Number: | 2026-10-Q5477 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/131759 |
| Indexed In: | Google Scholar, MyCite |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
