IIUM Repository

Faktor dan kesan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak = Factors and effects of parental neglect on children

Othman, Mohd Hatta and Yee, Siew Kuan (2026) Faktor dan kesan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak = Factors and effects of parental neglect on children. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 15 (2). pp. 51-69. ISSN 2289-3032 E-ISSN 2550-178X

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (527kB) | Request a copy

Abstract

Isu pengabaian kanak-kanak merupakan salah satu bentuk penderaan yang paling sukar dikenal pasti, namun memberi kesan jangka panjang yang signifikan terhadap perkembangan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak. Kajian ini merupakan sebuah kertas konsep yang bertujuan membincangkan implikasi pengabaian emosi dan fizikal terhadap kesejahteraan kanak-kanak, khususnya dalam konteks institusi kekeluargaan di Malaysia. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah analisis dokumen dan sorotan literatur, melibatkan penelitian terhadap laporan agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), UNICEF Malaysia serta kajian-kajian lepas dari dalam dan luar negara. Hasil analisis menunjukkan bahawa peningkatan kes pengabaian kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk tekanan ekonomi keluarga, kurangnya pengetahuan keibubapaan dan masalah kesihatan mental dalam kalangan penjaga. Literatur turut menunjukkan bahawa pengabaian boleh membawa kepada pelbagai implikasi negatif seperti keciciran pendidikan, kemurungan, masalah tingkah laku dan peningkatan risiko penglibatan dalam jenayah pada masa hadapan. Berdasarkan perbincangan literatur, kertas konsep ini menekankan bahawa intervensi awal, sokongan psikososial dan pengukuhan institusi kekeluargaan merupakan elemen penting dalam menangani isu pengabaian kanak-kanak. Sehubungan itu, pendekatan holistik yang melibatkan ibu bapa, masyarakat dan agensi kerajaan perlu diperkukuh bagi memastikan kesejahteraan dan perkembangan kanak-kanak dapat dilindungi secara menyeluruh.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Child neglect, Emotional neglect, Physical neglect, Psychosocial well-being
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Educational Psychology & Counseling
Depositing User: Dr. Mohd Hatta Othman
Date Deposited: 08 Sep 2026 09:47
Last Update: 08 Sep 2026 09:47
Queue Number: 2026-09-Q5014
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/131143
Indexed In: Google Scholar, MyCite

Actions (login required)

View Item View Item