IIUM Repository

Penguatkuasaan dan rawatan, membanteras ketagihan dadah

Ridzwan, Hijaz (2026) Penguatkuasaan dan rawatan, membanteras ketagihan dadah. Tinta Minda, NA (NA). pp. 1-5.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (7MB) | Preview

Abstract

Pendapat mengenai pelbagai isu semasa daripada peneraju pemikiran, kolumnis dan pengarang. Laporan media mengenai strategi baharu Polis Kelantan yang memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan dadah telah menarik perhatian masyarakat. Langkah tersebut diambil dalam konteks cabaran sebenar yang sedang dihadapi negara, khususnya di negeri-negeri yang mencatatkan kadar penyalahgunaan dadah yang tinggi. Menurut Menteri Dalam Negeri, sebahagian besar penghuni Penjara Pengkalan Chepa dan Penjara Machang merupakan pesalah berkaitan dadah, menggambarkan besarnya beban yang ditanggung oleh system keadilan jenayah dan pemulihan negara. Hakikat ini menunjukkan bahawa penyalahgunaan dadah bukan lagi isu yang boleh dilihat secara terasing. Ia memberi kesan kepada keselamatan awam, institusi keluarga, produktiviti ekonomi dan kesihatan masyarakat. Dalam keadaan sedemikian, usaha memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang merupakan satu komponen penting untuk mengekang bekalan dadah dan membanteras rangkaian pengedaran yang merosakkan masyarakat. Namun dari sudut psikiatri, usaha membanteras dadah tidak berakhir dengan penguatkuasaan. Ia perlu dilengkapkan dengan rawatan dan pemulihan supaya individu yang mengalami ketagihan mempunyai peluang untuk kembali menjalani kehidupan yang sihat dan produktif.

Item Type: Article (Electronic Media)
Subjects: R Medicine > RZ Other systems of medicine > RZ400 Mental healing
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Medicine
Kulliyyah of Medicine > Department of Psychiatry
Depositing User: Dr Hijaz Ridzwan
Date Deposited: 18 Aug 2026 15:07
Last Update: 18 Aug 2026 15:07
Queue Number: 2026-08-Q4793
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/130861

Actions (login required)

View Item View Item