Abd Majid, Norsyazwina and Suliman, Mohd Saipuddin and Che’ Abdul, Alia Maisarah and Md Nasir, Maizatul Akmal and Mohd Zamri, Nur Ellyana Athirah (2026) Aplikasi teori pengkaedahan melayu dalam karya Hikayat Malim Deman. International Journal of Communication, Management and Humanities, 7 (1). pp. 395-405. E-ISSN 2735-0150
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Tujuan Penyelidikan: Karya Hikayat Malim Deman memperlihatkan gambaran kehidupan, kepercayaan serta pandangan alam masyarakat Melayu tradisional yang sesuai diteliti melalui kerangka teori tempatan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti ciri-ciri pendekatan alamiah dan pendekatan keagamaan yang terkandung dalam cabang Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang. Di samping itu, kajian ini turut menganalisis ciri-ciri pendekatan tersebut berdasarkan petikan teks yang relevan dalam karya sastera Hikayat Malim Deman. Metodologi: Pendekatan kualitatif digunakan sepenuhnya dengan kaedah analisis teks sebagai asas penelitian. Kaedah ini dipilih untuk melihat unsur alamiah dan keagamaan yang hadir dalam karya sastera. Data diperoleh menerusi kaedah kepustakaan daripada buku, artikel, tesis dan sumber Internet. Teori Pengkaedahan Melayu telah menjadi kerangka utama untuk menghurai nilai, pemikiran dan falsafah Melayu berteraskan nilai Islam secara mendalam dan sistematik. Hasil Dapatan: Hasil kajian menunjukkan bahawa Hikayat Malim Deman mengandungi ciri-ciri pendekatan firasat, pendekatan gunaan dan pendekatan moral dalam cabang pengkaedahan alamiah, serta ciri-ciri pendekatan dakwah, pendekatan kemasyarakatan dan pendekatan seni dalam cabang pengkaedahan keagamaan. Penggarapan ciri-ciri ini dikenal pasti melalui pemaparan elemen hubungan manusia dengan alam, kepercayaan terhadap unsur ketuhanan serta penghayatan nilai-nilai kerohanian dan moral dalam naratif karya tersebut. Penemuan Baharu: Dapatan ini membuktikan bahawa Teori Pengkaedahan Melayu merupakan satu kerangka yang sesuai dan berkesan untuk menganalisis karya sastera Melayu tradisional. Secara keseluruhannya, kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pengukuhan penggunaan teori tempatan serta memperluas pemahaman terhadap pemikiran dan nilai dalam kesusasteraan Melayu tradisional.
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Karya Hikayat Malim Deman, Teori Pengkaedahan Melayu, pendekatan alamiah, pendekatan keagamaan, Sastera Melayu, teori tempatan |
| Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | Ts. Dr. Mohd Saipuddin Suliman |
| Date Deposited: | 13 Aug 2026 01:09 |
| Last Update: | 13 Aug 2026 01:09 |
| Queue Number: | 2026-08-Q4714 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/130635 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
