IIUM Repository

Tahap pemahaman peribahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah menengah: satu kajian kes berdasarkan kesejajaran model proses tiga serangkai dengan aras kemahiran berfikir

Muhammad Arif, Nor Hafuza and Hassan, Hasmidar (2026) Tahap pemahaman peribahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah menengah: satu kajian kes berdasarkan kesejajaran model proses tiga serangkai dengan aras kemahiran berfikir. AKADEMIKA : Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, 96 (2). pp. 154-173. ISSN 0126-5008 E-ISSN 0126-8694

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (851kB) | Request a copy

Abstract

Pemahaman yang baik terhadap makna peribahasa Melayu membolehkan kecendekiaan orang Melayu diserlahkan kepada masyarakat global. Dalam konteks pengajaran peribahasa Melayu di sekolah, guru menjadi agen utama untuk mengajar generasi muda peribahasa Melayu melalui pendidikan formal. Namun begitu, PdP peribahasa Melayu dilihat hanya berlaku secara literal kerana penjelasan tentang kewajaran pemilihan simbol dan tingkah laku yang dikiaskan dalam peribahasa Melayu kurang dititikberatkan. Atas sebab ini, tujuan kajian ini ialah mengenal pasti tahap pemahaman makna peribahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tingkatan 5 dan menjelaskan tahap pemahaman tersebut berdasarkan prosedur penginterpretasian metafora dalam Model Proses Tiga Serangkai (MPTS) oleh Stöver (2010). Kajian yang bersifat kualitatif ini mengumpulkan data daripada 50 orang pelajar Tingkatan 5 tentang kefahaman mereka terhadap peribahasa Melayu. Data yang diperoleh seterusnya dianalisis dengan memetakan jawapan pelajar kepada MPTS. Analisis tersebut disejajarkan pula dengan aras kemahiran berfikir dalam Taksonomi Bloom (2001). Hasil kajian memperlihatkan bahawa pemahaman pelajar terhadap makna peribahasa Melayu berada pada tahap proses metarepresentasi dalam MPTS atau pada aras memahami dalam Taksonomi Bloom. Hal ini membuktikan bahawa kemahiran berfikir para pelajar masih berada pada aras rendah kerana mereka tidak dapat memahami dengan jelas perkaitan antara simbol yang menjadi inti sesuatu peribahasa. Dalam hal ini, penerapan MPTS ternyata mampu memberikan gambaran yang lebih jelas tentang tahap kemahiran berfikir pelajar, seterusnya membolehkan punca kelemahan pemahaman ini dicerakin secara lebih empirik. Penyelidikan ini penting untuk melestarikan akal budi Melayu dengan menekankan aspek pemahaman terhadap simbol dalam peribahasa. Usaha ini akan semakin berimpak apabila kaedah visualisasi diaplikasikan selari dengan perkembangan kecerdasan buatan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kemahiran berfikir, Model Proses Tiga Serangkai, pengajaran dan pembelajaran, penginterpretasian, peribahasa
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: NOR HAFUZA MUHAMMAD ARIF
Date Deposited: 07 Aug 2026 16:53
Last Update: 07 Aug 2026 16:53
Queue Number: 2026-08-Q4525
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/130529

Actions (login required)

View Item View Item