IIUM Repository

Laporan kesanggupan untuk membayar (Willingness to Pay) pemuliharaan terumbu karang di Taman Laut Pulau Tioman, Pahang dan Taman Laut Johor

Mohamed, Juliana and Miskon, Mohd Fuad and Abd Rahman, Nur Hidayah and Mohd Zuhaidi, Nazatul Athirah and Mas Lanasrie, Mas Nurul Alia and Abdul Hamid, Hasnisa and Salih Udin, Nurashiqin (2026) Laporan kesanggupan untuk membayar (Willingness to Pay) pemuliharaan terumbu karang di Taman Laut Pulau Tioman, Pahang dan Taman Laut Johor. Technical Report. Department Of Fisheries Malaysia, Kuantan, Pahang.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (8MB) | Request a copy
[img] PDF (Appointment letter) - Supplemental Material
Restricted to Repository staff only

Download (522kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menilai kesanggupan pelawat untuk membayar bagi usaha pemuliharaan ekosistem terumbu karang di kawasan Taman Laut Pulau Tioman, Pahang dan Taman Laut Pulau Tinggi serta Taman Laut Pulau Rawa, Johor. Analisis ini bertujuan untuk memahami tahap kesedaran, persepsi, kebimbangan terhadap alam sekitar serta kesediaan responden untuk menyumbang secara kewangan dalam inisiatif pemuliharaan marin. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan dua kumpulan responden utama. Kumpulan pertama terdiri daripada 500 orang pelancong, merangkumi pelancong tempatan dan antarabangsa, manakala kumpulan kedua melibatkan 22 orang pengusaha pelancongan (selam skuba). Sebanyak 66.4% daripada pelancong yang terlibat dalam kajian ini merupakan warganegara Malaysia, manakala selebihnya terdiri daripada pelancong dari pelbagai negara luar. Dari segi umur, majoriti responden merupakan golongan dewasa muda berusia antara 18 hingga 34 tahun. Dapatan ini menunjukkan bahawa golongan dewasa muda menjadi penyumbang utama dalam kajian ini, sekali gus mencerminkan tahap kesedaran dan keprihatinan generasi muda terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar marin. Kajian menunjukkan bahawa majoriti besar responden, iaitu seramai 87.2% (n=436), menyatakan kesanggupan untuk menyumbang kepada usaha pemuliharaan marin. Hasil ini menggambarkan tahap kesedaran dan keprihatinan yang tinggi dalam kalangan pelancong terhadap kepentingan melindungi ekosistem terumbu karang serta sokongan positif terhadap inisiatif kesanggupan membayar (Willingness to Pay, WTP) bagi pemuliharaan alam sekitar. Secara keseluruhan, analisis WTP menunjukkan bahawa kadar bayaran masuk yang wajar bagi kawasan Taman Laut ialah antara RM10 hingga RM12 untuk warganegara dan RM60 untuk bukan warganegara. Penetapan ini dianggap munasabah kerana mampu menyumbang kepada kos pengurusan serta pemuliharaan ekosistem marin tanpa membebankan pelawat, di samping menggalakkan penglibatan pelancong dalam usaha melestarikan sumber semula jadi.

Item Type: Monograph (Technical Report)
Uncontrolled Keywords: Willingness to Pay
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GC Oceanography
G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Science
Kulliyyah of Science > Department of Marine Science
Kulliyyah of Science > Institute of Oceanography and Maritime Studies
Depositing User: Dr Juliana Mohamed
Date Deposited: 21 Sep 2026 14:40
Last Update: 21 Sep 2026 15:03
Queue Number: 2026-09-Q5282
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/130139
Indexed In: UNSPECIFIED

Actions (login required)

View Item View Item