IIUM Repository

BUKU KUASAI GOLONGAN KATA MELALUI KONSEP MI - JILID 2

Subramaniam, Vijayaletchumy and Nagaraju, Pavitira and Nahar, Nora'Azian and Salleh, Che Ibrahim (2025) BUKU KUASAI GOLONGAN KATA MELALUI KONSEP MI - JILID 2. Penerbit Universiti Putra Malaysia. ISBN 978-629-7689-40-1

[img]
Preview
PDF
Download (22MB) | Preview

Abstract

Buku Kuasai Golongan Kata Melalui Konsep MI (Jilid 2: Imbuhan) ini telah dibangunkan berdasarkan inovasi Konsep MI yang telah dihasilkan melalui kerja penyelidikan selama 2 tahun. Hasil penyelidikan terbukti murid sekolah rendah amat lemah dalam pengkategorian Kata Nama (KN), Kata Kerja (KK), dan Kata Adjektif (KA) yang berfungsi sebagai golongan kata utama. Kebanyakan murid bergantung kepada maksud perkataan dalam menentukan golongan perkataan sesuatu perkataan, menganggap semua perkataan berimbuhan sebagai KK, dan tidak mengenali imbuhan KN. Perkara ini telah menunjukkan bahawa kita memerlukan satu ketetapan dalam aspek pengkategorian golongan kata untuk memudahkan pemahaman murid sekolah. Begitulah terbentuknya Konsep MI yang mengetengahkan kriteria maksud perkataan dan imbuhan yang dapat membantu murid untuk mengkategorikan golongan kata dengan lebih mudah. Buku Jilid 2 menekankan kriteria imbuhan untuk menentukan golongan kata dengan lebih mudah. Buku ini dapat menjadi panduan kepada warga pendidik dan murid untuk mengenali cara pengkategorian golongan kata melalui jenis imbuhan yang wujud dalam bahasa Melayu. Penerangan berbantukan bahan grafik dan latihan interaktif dapat memudahkan pemahaman murid terhadap penentuan golongan kata berdasarkan kehadiran imbuhan. Perkara ini juga dapat memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di sekolah. Selain itu, buku ini dapat memenuhi kemahiran yang ditekankan dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Sekolah (DSKP) yang menekankan aspek kemahiran penguasaan golongan kata yang terdiri daripada KN, KK, dan KA. Di samping itu, penerangan dan latihan yang disediakan juga lebih kepada aras pembelajaran kendiri, iaitu guru akan menjadi pembimbing semasa PdP dilaksanakan. Justeru Buku Kuasai Golongan Kata Melalui Konsep MI (Jilid 2: Imbuhan) yang dibangunkan berdasarkan inovasi Konsep MI harus dimiliki oleh setiap warga pendidik dan murid untuk dijadikan sebagai panduan dalam pengkategorian KN, KK, dan KA.

Item Type: Book
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Pavitira Nagaraju
Date Deposited: 07 May 2026 12:56
Last Modified: 07 May 2026 12:56
Queue Number: 2026-05-Q3192
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/128819

Actions (login required)

View Item View Item