Sowtali, Siti Noorkhairina (2026) Pemandu mabuk: kesan alkohol dan cara mengatasinya. Pemandu Mabuk: Kesan Alkohol dan Cara Mengatasinya. p. 1.
|
PDF
- Published Version
Download (472kB) | Preview |
Abstract
Pengenalan Pengambilan alkohol merupakan isu kesihatan awam global yang memberi kesan signifikan terhadap keselamatan jalan raya. Pemanduan di bawah pengaruh alkohol (driving under the influence, DUI) telah dikenal pasti sebagai antara punca utama kemalangan jalan raya, kecederaan serius, dan kematian di seluruh dunia (Allsop, 2020; Jia et al., 2016). Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan, impak memandu dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol terhadap pengguna jalan raya yang lain sangat membimbangkan. Justeru itu, gesaan perlu dibuat ke atas pelbagai pihak berwajib bagi menuntut penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan berkesan demi keselamatan pengguna jalan raya. Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, perbuatan memandu dalam keadaan mabuk merupakan satu jenayah besar di sisi syarak dan undang-undang negara, malah bercanggah dengan prinsip Maqasid Syariah yang menekankan pemeliharaan nyawa, akal serta kesejahteraan masyarakat (Mukhriz, 2026). Ayat al-Quran terdahulu mengharamkan arak yang dibuat daripada anggur sahaja, tetapi pengharaman tersebut termasuklah semua benda yang memabukkan.
| Item Type: | Article (Electronic Media) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Pemandu Mabuk; Kesan Alkohol; Strategi Penguatkuasaan |
| Subjects: | R Medicine > RT Nursing > RT24 Nursing writing R Medicine > RT Nursing > RT82 Nursing As A Profession R Medicine > RT Nursing > RT86.5 Social aspects. Political aspects. Anthropological aspects |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Nursing Kulliyyah of Nursing > Department of Professional Nursing Studies |
| Depositing User: | Miss Siti Noorkhairina Sowtali |
| Date Deposited: | 27 Apr 2026 09:15 |
| Last Modified: | 27 Apr 2026 09:15 |
| Queue Number: | 2026-04-Q3043 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/128616 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
