IIUM Repository

Persoalan Samad melalui Pak Sako: A Samad Ismail sebagai wartawan, cendekiawan awam dan negarawan

Mohd Noor Merican, Ahmad Murad (2025) Persoalan Samad melalui Pak Sako: A Samad Ismail sebagai wartawan, cendekiawan awam dan negarawan. Jurnal Kewartawanan, 1 (1). pp. 231-245. E-ISSN 3083-8991

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (344kB) | Request a copy

Abstract

Ucaptama ini, selari dengan objektif Simposium, bukan saja bertujuan mengiktiraf Tan Sri A Samad Ismail sebagai wartawan, cendekiawan awam, dan negarawan, tetapi juga untuk menyemak kembali naratif tokoh tersebut. Selama ini, ramai yang menceritakan mengenai Samad adalah daripada mereka yang mengenali beliau secara peribadi, sebagai rakan seperjuangan, rakan sekerja dan sebagai anak didik beliau. Apa yang diketahui ialah sosok Samad dari episod dan peristiwa peribadi, pengalaman mereka dengan Samad di New Straits Timesatau Berita Harian. Mungkin klise yang biasa didengar. Saya melihat Samad, serta pemikiran dan wawasan yang dibawanya dari sudut sejarah dan sosiologi, dalam arus dinamisme ideologi sezaman, lalu menjurus kita memahami kewartawanan dan persuratkhabaran dalam masyarakat dan negara –khususnya masyarakat Melayu dan kepulauan Melayu, serta pertembungan, pertindihan dan interaksi kewartawanan dengan permodenan, penjajahan dan perubahan. Institusi, budaya dan profesion kewartawanan jelas perlu didalami sebagai pencetus dan pengedar pemikiran, ideologi dan idealisme. Kesebatian institusi ini mesti dikaji semula dalam konteks masyarakat dan tamadun moden yang kita alami sekarang ini. Kewartawanan dalam sejarah awal Malaysia adalah pencetus dan saluran permodenan. Amat sedikit sekali appresiasi kita mengenai peranan kewartawanan dan surat khabar dalam mencorak masyarakat Melayu moden, seterusnya mencorak pembentukan negara bangsa Malaysia (serta Indonesia dan Singapura). Malah dalam hal ini wajar diingatkan bahawa Singapura, sejak dekad 1870an hingga Perang Dunia ke-2 merupakan hab kecendekiawanan dan kewartawanan Melayu di rantau ini. Singapura telah mewarisi tradisi permodenan dan aktivisme kesusasteraan dan penulisan dari Pulau Penyengat, Riau.2Permodenan merupakan Cerita Samad menukil satu contoh yang terbaik untuk maksud tersebut

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: kewartawanan, sejarah, sosiology
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > BJ71 History and general works
H Social Sciences > HM Sociology
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Depositing User: PROF. DR. AHMAD MURAD MOHD NOOR MERICAN
Date Deposited: 11 Feb 2026 22:55
Last Modified: 12 Feb 2026 12:11
Queue Number: 2026-02-Q2099
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/127373

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year