IIUM Repository

Garis panduan hukum pelaksanaan ibadah solat, taharah dan puasa oleh pesakit mental

Muhamad Asni, Muhammad Fathullah Al Haq and Razali, Salmi and Mahmad Robbi, Ahmad Akram and Yusli, Ahmad Yusairi and Mohd Bashir, Izzati and Zulkifli, Mohamad Ihsan (2025) Garis panduan hukum pelaksanaan ibadah solat, taharah dan puasa oleh pesakit mental. Technical Report. Jabatan Mufti Negeri Selangor, Selangor, Malaysia.

[img] PDF (Technical Report) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (790kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk merangka garis panduan pelaksanaan ibadah solat, taharah dan puasa yang berlandaskan Syariah bagi pesakit mental di Malaysia. Masalah kesihatan mental yang semakin meningkat sebagaimana dilaporkan oleh Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023 menekankan keperluan intervensi yang bukan sahaja memberi perhatian kepada rawatan fizikal dan psikologi tetapi juga keperluan spiritual. Ketiadaan panduan khusus menyebabkan pesakit mental menghadapi kekeliruan dalam menunaikan ibadah, sekali gus memberi kesan kepada kesejahteraan spiritual dan emosi mereka. Kajian ini bertitik tolak daripada dua objektif utama iaitu mengenal pasti pasti dan menganalisis bentuk keringanan ibadah yang dibenarkan oleh syarak bagi pesakit mental dalam pelaksanaan solat, taharah dan puasa. Objektif kedua ialah membangunkan garis panduan komprehensif yang berasaskan Syariah untuk pelaksanaan ibadah bagi pesakit mental yang boleh dijadikan rujukan oleh masyarakat dan pihak berkuasa agama. Kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan melibatkan beberapa dokumen yang terdiri daripada perbahasan fiqh terutama melibatkan qawl muktamad dalam mazhab Syafi’i, fatwa semasa dan dokumen kesihatan mental. Justeru, beberapa parameter telah dicadangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor untuk dijadikan sebagai panduan hukum Syarak kepada masyarakat Islam.

Item Type: Monograph (Technical Report)
Additional Information: 10893/127329
Subjects: BPK Islamic law. Shari'ah. Fiqh
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fundamental and Inter-Disciplinary Studies (Effective: 5th Feb 2014)
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: DR AHMAD AKRAM MAHMAD ROBBI
Date Deposited: 19 Feb 2026 11:31
Last Modified: 19 Feb 2026 11:34
Queue Number: 2026-02-Q2066
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/127329

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year