Zulkefli, Ahmad Arif (2025) Karāmah dari sudut aqidah dan tasawwuf: analisis terhadap pandangan Syeikh Ibn ʿajībah. Journal of Fatwa and Falak Selangor, 2 (2). pp. 18-45. ISSN 3030-6116 E-ISSN 3030-6108
|
PDF
- Published Version
Download (5MB) | Preview |
Abstract
Karāmah mempunyai kedudukan penting dalam kerangka intelektual dan kerohanian Islam. Namun, dalam konteks semasa, kefahaman yang kabur sering menimbulkan kekeliruan, khususnya dalam membezakan karāmah daripada muʿjizāt para nabi, pertolongan (maʿūnah), dan ujian berupa nikmat (istidrāj) lantas menyebabkan sebahagian golongan menolak keharusannya. Kekeliruan ini menimbulkan persoalan kritikal tentang kerangka yang tepat dalam memahami karāmah tanpa menjejaskan asas akidah Islam. Justeru, kajian ini bertujuan meneliti konsep karāmah daripada perspektif akidah Ahl al-Sunnah wal Jamāʿah dan tasawuf dengan memberi fokus kepada pemikiran Ibn ʿAjībah (w. 1224H). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis kepustakaan dengan meneliti karya-karya beliau seperti al-Baḥr al-Madīd dan Īʾqāẓ al-Himam serta sumber-sumber turāth lain yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Ibn ʿAjībah melihat karāmah bukan semata-mata perkara luar biasa, tetapi hakikat rohani yang berpaksikan pengetahuan (ʿirfān), pengalaman batin (dhawq), dan keadaan kerohanian (wujdān). Beliau menekankan bahawa intipati karāmah sebenar ialah keteguhan iman, kesempurnaan akhlak, dan kekuatan spiritual, manakala aspek keajaiban hanyalah perkara sampingan. Kajian ini turut membincangkan titik persamaan dan perbezaan pandangan ulama kalam serta tasawuf mengenai isu ini, sekali gus meletakkan Ibn ʿAjībah dalam kerangka perbahasan yang lebih luas. Kesimpulannya, kajian ini menyumbang kepada pengayaan kesarjanaan dengan menjelaskan kepentingan epistemologi dan kerohanian karāmah, di samping membentuk kerangka yang seimbang untuk memahami kedudukan para wali tanpa menyeleweng daripada prinsip akidah. Signifikan kajian ini terletak pada usahanya menjambatani ketelitian ilmu kalam dengan dimensi rohani tasawuf, sekaligus relevan dalam menangani cabaran kefahaman akidah dan spiritualiti umat Islam masa kini
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | karāmah, wali, akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Tasawuf, Ibn ʿAjībah |
| Subjects: | BPK Islamic law. Shari'ah. Fiqh > BPK36 Islamic law (General) BPL Islamic education |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion |
| Depositing User: | Dr Ahmad Arif Zulkefli |
| Date Deposited: | 30 Jan 2026 15:52 |
| Last Modified: | 30 Jan 2026 15:52 |
| Queue Number: | 2026-01-Q1939 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/127188 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Download Statistics
Download Statistics