Tuan Ameri, Tuan Safa'at and Mohd Akhiar, Rosmawati (2025) Amalan terbaik pengurusan koleksi perundangan di Perpustakaan M. Kamal Hassan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). In: Seminar Transformasi Kepustakawanan (STK) 2025, 2025, Ipoh, Perak, Malaysia.
|
PDF (Full Paper)
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (7MB) | Request a copy |
Abstract
Koleksi perundangan merupakan koleksi yang unik yang harus diurus dengan teliti dan sistematik kerana kandungannya yang khusus, kompleks dan sentiasa berubah mengikut perkembangan undang-undang semasa. Kertas kerja ini membincangkan amalan terbaik dalam pengurusan koleksi perundangan di Perpustakaan M. Kamal Hassan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dengan memberi tumpuan kepada enam (6) aspek utama: perolehan bahan, pengkatalogan, tadbir urus dan penyusunan koleksi, akses maklumat, penyelenggaraan, serta pemeliharaan bahan. Bahan perundangan yang diperoleh secara pembelian atau sumbangan dikatalog menggunakan sistem KOHA berasaskan standard Resource Description and Access (RDA), dan disusun mengikut klasifikasi nilai utama dan sekunder. Dua (2) instrumen dibangunkan bagi memudahkan pencarian dan lokasi bahan: Online Public Access Catalog (OPAC) dan Smart Siddiq Directory. Penyelenggaraan dan pemeliharaan koleksi turut dilaksanakan melalui pembaikan buku, penggunaan mesin penyahlembapan (dehumidifier), serta pemantauan ancaman seperti kulat dan pepijat buku (silverfish). Kaedah kualitatif digunakan melalui pemerhatian lapangan dan dokumentasi dalaman. Selain itu, perkongsian amalan ini membuktikan bahawa pendekatan berstruktur dan pengurusan koleksi perundangan yang sistematik mampu meningkatkan ketercapaian maklumat dan jangka hayat koleksi, serta mengukuhkan fungsi perpustakaan sebagai pusat rujukan ilmu yang diyakini. Justeru, pendekatan ini juga menjadi asas kukuh bagi inisiatif pendigitalan koleksi perundangan secara berfasa pada masa hadapan, demi kelestarian maklumat.
| Item Type: | Proceeding Paper (Plenary Papers) |
|---|---|
| Additional Information: | 9067/127059 |
| Uncontrolled Keywords: | Amalan Terbaik, Pengurusan Perpustakaan, Koleksi Undang-Undang, Resource Description and Access (RDA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | IIUM Library |
| Depositing User: | Mrs Tuan Safa'at Tuan Ameri |
| Date Deposited: | 29 Jan 2026 09:35 |
| Last Modified: | 01 Feb 2026 10:30 |
| Queue Number: | 2026-01-Q1826 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/127059 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Download Statistics
Download Statistics