Shafee, Ume Ezatee and Nahar, Nora'Azian
(2025)
TAHAP PENGUASAAN KATA KERJA DALAM KALANGAN
GENERASI Z DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
(UIAM) KAMPUS PAGOH.
INTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS JOURNAL OF LANGUAGES (IYSJL), 8 (2).
pp. 98-110.
E-ISSN 0128-2573
Abstract
Generasi Z merupakan tunjang utama dalam memartabatkan bahasa Melayu agar semakin dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa. Namun begitu, penguasaan tatabahasa generasi
Z hari ini dilihat berada pada tahap yang lemah terutama sekali dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Kajian yang akan dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk penggunaan kata kerja dan menganalisis penguasaan kata kerja dalam kalangan generasi Z di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Pagoh. Kajian yang
bersifat kualitatif ini telah memilih seramai 15 orang responden bagi mendapatkan 15 manuskrip cerpen hasil penulisan pelajar untuk mengenal pasti bentuk-bentuk penggunaan kata kerja. Selain itu, seramai 30 orang responden dipilih untuk menjawab borang soal selidik berbentuk Google Form bagi mengukur tahap penguasaan kata kerja dalam kalangan pelajar.
Hasil analisis dokumen tugasan pelajar, memperlihatkan sebanyak 140 jumlah kata kerja yang berbeza bentuk telah ditemukan dalam penulisan cerpen mereka. Walaupun begitu,
berdasarkan skor markah yang diperoleh, hasil dapatan menunjukkan tahap penguasaan kata kerja dalam kalangan pelajar berada pada tahap sederhana yang mana 12 orang memperoleh tahap tinggi, 15 orang tahap sederhana dan 3 orang berada pada tahap rendah. Penentuan tahap penguasaan ini ditentukan berdasarkan kepada skor markah yang diadaptasi daripada kajian pengkaji lepas. Kajian lanjutan perlu dijalankan supaya kita dapat mengekalkan tatabahasa bahasa Melayu dalam kelompok masyarakat kini yang dilihat semakin mudah terpengaruh dengan bahasa asing. Oleh itu, penghasilan kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada bidang morfologi serta dapat menjadi sumber rujukan dan pembacaan
kepada para pengkaji akan datang.
Actions (login required)
 |
View Item |