IIUM Repository

ANALISIS FEMINISME TERHADAP PERWATAKAN WANITA DALAM NOVEL WANITA RAWA TERAKHIR

Ramlee, Insyirah and Nahar, Nora'Azian (2025) ANALISIS FEMINISME TERHADAP PERWATAKAN WANITA DALAM NOVEL WANITA RAWA TERAKHIR. INTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS JOURNAL OF LANGUAGES, 8 (2). pp. 71-84. E-ISSN 0128-2573

[img]
Preview
PDF
Download (295kB) | Preview

Abstract

Kewujudan sistem patriarki yang telah diamalkan sejak dahulu lagi telah menimbulkan satu persepsi negatif terhadap wanita. Kenyataan ini sering diuar-uarkan sehingga masyarakat menerima stereotaip bahawa wanita merupakan golongan yang lemah dan tidak berdaya saing. Kedudukan mereka tidak setanding dengan lelaki dan kaum wanita juga perlu menunduk terhadap kuasa dominan lelaki. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti watak dan perwatakan wanita dalam novel Wanita Rawa Terakhir dan melihat perwatakan tersebut dari sudut teori feminisme. Seterusnya penyelidik telah mengaplikasikan pendekatan kualitatif menggunakan kaedah analisis teks dalam naratif yang menunjukkan perwatakan wanita. Hasil dapatan menunjukkan bahawa stereotaip yang diletakkan kepada wanita sangat bertentangan dengan realiti. Dalam novel, watak wanita mempunyai nilai-nilai positif dalam perwatakan yang lebih berani, berdikari, dan mampu hidup tanpa bergantung kepada lelaki. Watak wanita juga mempunyai kebebasan dalam menentukan hala tuju mereka selari dengan empat aliran utama teori feminisme iaitu feminisme liberal, feminisme radikal, feminisme sosialis dan feminisme pascamoden. Implikasinya, kajian ini telah menjadi suatu wadah bagi membuka mata masyarakat terhadap realiti perwatakan-perwatakan wanita yang sering kali dianggap lemah. Justeru, karya sastera seperti ini perlu dibaca dan dianalisis dengan lebih teliti agar pembaca dapat memahami maksud tersirat yang terkandung dalam wacana gender yang disampaikan oleh pengarang.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Feminisme, novel , sistem patriarki, wanita, lelaki
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 31 Dec 2025 09:36
Last Modified: 31 Dec 2025 09:36
Queue Number: 2025-12-Q1508
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/126673

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year