IIUM Repository

Peribahasa Melayu: Perlambangan Wanita dan Representasi Gender Dalam Wacana Tradisi

Idrus, Azean Idruwani and Mahmud, Muizzuddin (2025) Peribahasa Melayu: Perlambangan Wanita dan Representasi Gender Dalam Wacana Tradisi. International Young Scholars Journal of Languages, 8 (2). pp. 85-97. E-ISSN 0128-2573

[img]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan perlambangan wanita dan representasi gender dalam peribahasa Melayu melalui analisis semantik berlapis yang merangkumi peringkat semantik skrip, semantik resonans dan semantik inkuisitif. Kajian ini bertujuan untuk meneliti bagaimana imej dan peranan wanita digambarkan dalam wacana tradisi Melayu serta menilai makna yang tersirat di sebalik simbolisme yang digunakan. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan teks dan kajian perpustakaan, data diperoleh daripada himpunan peribahasa dalam karya Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai oleh Zaitul Akma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan (2011). Tiga domain utama dikenal pasti, iaitu alam kehidupan, kemanusiaan dan kemasyarakatan yang mencerminkan cara masyarakat Melayu membentuk pandangan dunia melalui lambang dan metafora wanita. Hasil kajian menunjukkan bahawa wanita sering digambarkan sebagai simbol kasih sayang, kelembutan dan keharmonian namun dalam sesetengah konteks turut dikaitkan dengan kerentanan dan kebergantungan terhadap perlindungan sosial. Penemuan ini memperlihatkan bahawa peribahasa Melayu bukan sahaja medium estetika Bahasa tetapi juga instrumen budaya yang menzahirkan struktur pemikiran patriarki dan nilai moral masyarakat. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman lebih mendalam tentang hubungan antara bahasa, budaya dan gender dalam wacana Melayu tradisional serta membuka ruang kepada penelitian semantik budaya secara lebih mendalam dalam kajian bahasa dan sastera.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Peribahasa Melayu, Wanita, Gender, Semantik Inkuisitif, Simbolisme Budaya
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 29 Dec 2025 10:16
Last Modified: 29 Dec 2025 10:16
Queue Number: 2025-12-Q1380
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/126525

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year