IIUM Repository

Teruntum putih: warisan alam negeri Pahang

Shahari, Rozilawati and Che Amri, Che Nurul Aini and Mohd Yunus, Noor Syaheera and Mohamed, Noor Amni (2025) Teruntum putih: warisan alam negeri Pahang. InTouch Publication, Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 978-629-98427-9-8

[img]
Preview
PDF (Book) - Published Version
Download (132MB) | Preview

Abstract

Pokok Teruntum Putih atau nama saintifiknya (Lumnitzera racemosa) bukanlah sekadar pokok bakau yang tumbuh di pesisir muara dan tanah berlumpur. Ia adalah lambang warisan alam yang tersimpan rapi dalam lipatan sejarah daerah Kuantan dan negeri Pahang. Nama “Teruntum” yang diabadikan pada sebuah kampung pada suatu masa dahulu mencerminkan hubungan mendalam antara spesies ini dengan identiti tempatan yang telah lama wujud dalam ekosistem dan budaya masyarakat. Buku ini diterbitkan sebagai usaha untuk mengetengahkan betapa pentingnya mengenali, memahami dan melindungi spesies Teruntum Putih yang kian terancam. Dalam era pembangunan pesat dan perubahan iklim yang tidak menentu, spesies seperti Teruntum Putih semakin kehilangan habitat semula jadinya. Tanpa kesedaran dan tindakan yang proaktif, kita mungkin kehilangan bukan sahaja spesies yang unik, tetapi juga sebahagian daripada identiti sejarah dan landskap semula jadi negeri ini. Melalui penyelidikan, dokumentasi morfologi, habitat, nilai ekonomi dan ekologi, serta usaha pemuliharaan yang telah dan sedang dijalankan, buku ini diharap dapat menjadi rujukan berguna untuk menyemai rasa cinta terhadap alam sekitar dan tanggungjawab bersama dalam memelihara khazanah negeri yang tidak ternilai ini. Semoga dengan terbitnya buku ‘Teruntum Putih... Warisan Alam Negeri Pahang’, usaha konservasi dapat digiatkan dan kesedaran masyarakat terus dipupuk agar pokok ini kekal berdiri teguh di habitatnya. Bukan sekadar sebagai tumbuhan di pesisir, tetapi sebagai simbol keteguhan dan warisan alam yang harus dijaga sepanjang zaman.

Item Type: Book
Additional Information: 7293/125319
Subjects: Q Science > QK Botany
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Science > Department of Plant Science
Kulliyyah of Science
Depositing User: Rozilawati Shahari
Date Deposited: 16 Dec 2025 12:38
Last Modified: 16 Dec 2025 16:00
Queue Number: 2025-12-Q618
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/125319

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year