Shahari, Rozilawati and Che Amri, Che Nurul Aini and Mohd Yunus, Noor Syaheera and Mohamed, Noor Amni and Johari, Siti Nurhusna (2025) Pembiakan dan penanaman: Teruntum putih (Lumnitzera racemosa). InTouch Publication, Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 978-629-96168-0-1
|
PDF (Book)
- Published Version
Download (35MB) | Preview |
Abstract
Buku pembiakan dan penanaman Pokok Teruntum Putih diterbitkan sebagai satu usaha untuk mendokumentasikan pengetahuan dan kaedah pembiakan Teruntum Putih atau nama saintifiknya Lumnitzera racemosa secara vegetatif melalui kaedah tut. Spesis ini merupakan antara komponen penting dalam ekosistem bakau yang berperanan besar dalam kestabilan pesisir, perlindungan habitat marin, serta penyerapan karbon semula jadi. Oleh itu, penerbitan buku ini diharapkan dapat menyokong usaha konservasi Teruntum Putih melalui penanaman semula secara terancang dan berkesan, terutamanya di kawasan yang telah terganggu dan mengalami kemerosotan habitat. Dengan memperkenalkan kaedah pembiakan yang praktikal dan mudah dilaksanakan, diharapkan lebih banyak pihak termasuk komuniti setempat, penggiat alam sekitar, pelajar, dan agensi kerajaan dapat terlibat secara langsung dalam program pemeliharaan dan pemuliharaan spesis ini. Naskah ini juga diharap dapat menjadi rujukan asas bagi mereka yang ingin memahami kepentingan pemeliharaan spesies bakau serta membina kesedaran tentang keperluan untuk melindungi dan memulihkan warisan semula jadi negara. Semoga ilmu yang dikongsikan di dalam buku ini dapat dimanfaatkan demi kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.
| Item Type: | Book |
|---|---|
| Additional Information: | 7293/125318 |
| Uncontrolled Keywords: | Pembiakan dan penanaman |
| Subjects: | Q Science > QK Botany S Agriculture > S Agriculture (General) S Agriculture > SD Forestry |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Science Kulliyyah of Science > Department of Plant Science |
| Depositing User: | Rozilawati Shahari |
| Date Deposited: | 16 Dec 2025 12:18 |
| Last Modified: | 16 Dec 2025 14:58 |
| Queue Number: | 2025-12-Q617 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/125318 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Download Statistics
Download Statistics