IIUM Repository

Keperluan kepada model persekitaran bertutur bahasa Arab di peringkat rendah, menengah dan IPT = The need for an Arabic-learning environment model at the primary, secondary and higher education levels

Abdul Rahman, Mohammad Syukri and Man, Saupi and Daoh, Muhammad and Hussin, Md Noor and Zainuddin, Azammuddin and Hasan, Yaakob and Ab. Latif, Khairatul Akmar and Zulkefli, Zarith Sofea (2025) Keperluan kepada model persekitaran bertutur bahasa Arab di peringkat rendah, menengah dan IPT = The need for an Arabic-learning environment model at the primary, secondary and higher education levels. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 7 (26). pp. 1195-1209. E-ISSN 2637-0905

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (387kB) | Preview

Abstract

Bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran memiliki kedudukan istimewa dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia. Kepentingan penguasaannya bukan sahaja terletak pada aspek ibadah dan penghayatan agama, malah menjangkau keperluan akademik, komunikasi serta pembinaan identiti Muslim yang unggul. Walau bagaimanapun, tahap penguasaan pertuturan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di peringkat rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) masih berada pada tahap yang membimbangkan. Kelemahan ini berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya pendekatan pengajaran yang berfokus kepada aspek hafalan dan tatabahasa semata-mata, kurangnya pendedahan kepada persekitaran yang menyokong penggunaan bahasa secara langsung, serta ketiadaan model persekitaran yang komprehensif dan sistematik yang mampu memupuk kemahiran bertutur dalam konteks sebenar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan kepada satu model persekitaran bertutur Bahasa Arab yang sesuai dan berkesan diaplikasikan di peringkat rendah, menengah dan IPT. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui pendekatan analisis kajian-kajian lepas berkaitan tajuk kajian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat jurang besar antara objektif pengajaran Bahasa Arab dengan pelaksanaannya dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Di peringkat sekolah rendah, kekangan masa, kekurangan guru terlatih, dan tiadanya aktiviti sokongan seperti kelab bahasa atau permainan bahasa menyukarkan perkembangan komunikasi lisan dalam kalangan murid. Di peringkat menengah pula, pelajar lebih terdedah kepada peperiksaan berorientasikan penulisan dan hafalan, menyebabkan kemahiran bertutur diabaikan. Sementara itu, di peringkat IPT, meskipun terdapat program pengukuhan bahasa seperti minggu bahasa, usrah berbahasa Arab, dan kelas komunikasi, penggunaannya masih bersifat terhad dan kurang konsisten. Oleh itu, satu model persekitaran yang holistik perlu dibangunkan, merangkumi tiga elemen utama: (i) sokongan dasar dan pentadbiran, (ii) pendekatan pengajaran dan aktiviti kokurikulum yang berpusatkan pelajar, dan (iii) pembinaan komuniti bahasa yang menyeluruh di sekolah dan kampus. Kajian ini memberi implikasi besar kepada pembuat dasar, pentadbir sekolah dan universiti, guru serta pelajar dalam usaha memperkasa penguasaan Bahasa Arab secara menyeluruh melalui pembangunan persekitaran yang merangsang pembelajaran secara autentik.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Keperluan, Model Persekitaran, Bertutur Bahasa Arab, Di Peringkat Rendah, Menengah dan IPT
Subjects: BPL Islamic education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy
Kulliyyah of Education
Depositing User: Yaakob bin Hasan
Date Deposited: 07 Sep 2026 16:11
Last Update: 07 Sep 2026 16:11
Queue Number: 2026-09-Q5016
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/125285
Indexed In: MyCite

Actions (login required)

View Item View Item