Idrus, Azean Idruwani and Wan Mohd Ghazni, Wan Nur Mariah
(2025)
Wacana Ujaran Campur Kod Dalam Filem La Luna (2023).
SP International Journal, 12 (2).
pp. 203-215.
E-ISSN 2601–002X
Abstract
Malaysia dikenali sebagai negara yang mempunyai masyarakat daripada pelbagai bangsa dan latar belakang. Oleh itu, penggunaan campur kod tidak asing lagi digunakan dalam komunikasi seharian. Walau bagaimanapun, penggunaan campur kod dalam filem menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat untuk memahami makna perkataan. Hal ini juga menyebabkan masyarakat lebih mudah untuk terpengaruh untuk menggunakan campur kod dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan campur kod dalam filem La Luna (2023) dan menganalisis faktor-faktor percampuran kod berdasarkan Teori Holmes (2008). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bagi mengumpulkan data kajian. Terdapat empat faktor yang dapat dikenal pasti iaitu faktor peserta, solidariti dan status, faktor topik, faktor kesan afektif dan faktor peminjaman leksikal. Dapatan kajian mendapati penggunaan campur kod dalam filem ini dapat menyampaikan naratif penceritaan dengan lebih tepat dan dapat memberikan kesan yang lebih dramatik. Namun, hal ini juga dapat memberikan kesan kepada pemahaman dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
Actions (login required)
 |
View Item |