Rosly, Nurul Jamilah
(2025)
PENGGUNAAN DEIKSIS DALAM NOVEL BAYANG SOFEA KARYA TEME ABDULLAH.
JURNAL MELAYU SEDUNIA, 8 (1).
pp. 60-76.
E-ISSN 2637-0751
Abstract
Deiksis merujuk kepada cara bahasa digunakan dalam pertuturan serta bagaimana elemen-elemen bahasa tersebut melengkapkan konteks ujaran (Levinson, 1983).Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis-jenis deiksis dalam novel Bayang Sofea karya Teme Abdullah dan menganalisis penggunaannyadalam dialog watak utama. Berpandukan Teori Pragmatik Levinson (1983), data dikumpulkan melalui kajian kepustakaan, analisis kandungan teks dan pengekodan teksyang melibatkan bab 1 hingga bab 34 dalam novel berkenaan. Hasil analisis mendapati bahawa kelima-lima jenis deiksis iaitu deiksis orang, masa, tempat, sosial dan wacana dapat dikenal pasti dengan jumlah keseluruhan 1081 unsur. Daripada jumlah tersebut, deiksis orang mencatatkan bilangan tertinggi dengan 753 unsur manakala deiksis tempat adalah paling rendahdengan 36 unsur. Dapatan ini membuktikan kepelbagaian penggunaan deiksis yang selaras dengan tema misterinovel, di samping menunjukkan ketepatan penggunaan deiksis dalam konteks pertuturan watak utama. Kajian ini memperkukuh penyelidikan berkaitan deiksis dalamteks sastera danberpotensi menjadi rujukan bagi kajian lanjutan.
Actions (login required)
 |
View Item |