IIUM Repository

Konsep Islam dalam Pemikiran Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

Nopiah, Julaina and Amran, Athirah (2025) Konsep Islam dalam Pemikiran Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. PendetaJournal of Malay Language, Education and Literature, 16 (2). pp. 70-92. ISSN ISSN 1823-6812 E-ISSN eISSN 2600-8696

[img] PDF
Download (662kB)

Abstract

Konsep Islam dalam pemikiran Melayu memperlihatkan keterikatan kuat agama Islam dengan kehidupan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Peribahasa ialah warisan budaya Melayu yang mengandungi nilai sosial dan moral seperti adab, amanah, kerendahan hati sertakeadilan yang turut diterapkan dalam Islam. Sehubungan itu, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis pemikiran dan akal budi Melayu menerusi peribahasa berkonsepkan Islam. Kajian ini hanya menganalisis empat daripada 66 peribahasa yang diambil daripada laman sesawang peribahasa malaycivilization.com dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu karya Abdullah Hussain (2007). Pendekatan Semantik Inkuisitif dan Rangka Rujuk Silang (RRS) telah digunakan untuk menganalisis data bagi kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan peribahasa yang dicipta oleh masyarakat Melayu mempunyai nilai dan konsep-konsep berkaitan Islam,iaitu Konsep Amanah yang boleh dilihat menerusi peribahasa seperti gunting dalam lipatan, Konsep Kerendahan hati menerusi peribahasa ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya, Konsep Sopan santun menerusi peribahasa sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa dan Konsep Keadilan menerusi peribahasa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pengkaji akan datang khususnya yang memfokuskan kajian peribahasa melalui pendekatan semantik inkuisitif.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: konsep Islam;pemikiran Melayu;peribahasa; semantik inkuisitif; rangka rujuk silang
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 26 Nov 2025 08:19
Last Modified: 26 Nov 2025 08:19
Queue Number: 2025-11-Q228
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/124712

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year