IIUM Repository

Teks-teks perundangan sebagai sumber maklumat ketatanegaraan Kesultanan Melayu

Sulkafle, Mohamad Hazizie (2025) Teks-teks perundangan sebagai sumber maklumat ketatanegaraan Kesultanan Melayu. In: Seminar Antarabangsa Kedah: Historiografi Nusantara (SAK 2025), 2025, Kedah, Malaysia.

[img] PDF (Full Paper) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ketatanegaraan Kesultanan Melayu selalunya akan dilakukan berdasarkan teks-teks ketatanegaraan seperti Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin, dan Thammarat al-Muhimmah, Adab Raja-Raja, Kitab Nasihat Raja-Raja dan Kitab Kumpulan Lekas Berbetulan Lekas. Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan satu lagi kumpulan sumber maklumat berkenaan ilmu ketatanegaraan Kesultanan Melayu iaitu teks-teks perundangan. Kajian ini akan mengkaji kandungan empat teks perundangan daripada empat kesultanan Melayu berbeza iaitu Undang-undang Melaka atau Hukum Kanun Melaka bagi Kesultanan Melaka, Undang-undang Pahang, Perak dan Johor atau Hukum Kanun Pahang bagi Kesultanan Pahang, Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan bagi Kesultanan Perak dan juga Undang-undang Kedah versi Ku Din Ku Meh bagi Kesultanan Kedah. Dapatan kajian mendapati bahawa teks-teks perundangan ini kaya dengan maklumat mengenai ilmu ketatanegaraan yang diamalkan oleh empat kesultanan Melayu suatu masa dahulu. Hal ini menunjukkan bahawa aspek ketatanegaraan menjadi satu topik yang sentiasa dibincangkan oleh para ilmuan dan sarjana dahulu bagi memastikan pemerintahan kerajaan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin untuk menjaga kemakmuran dan keadilan. Hal ini juga seterusnya menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa bangsa Melayu tidak pandai memerintah atau memerintah berdasarkan kekejaman dan kezaliman (Oriental Despotism). Kajian ini juga menunjukkan bahawa teks-teks perundangan Kesultanan Melayu bukan sahaja berkisar mengenai aspek perundangan, bahkan lebih luas daripada itu. Maka sewajarnya teks-teks perundangan ini dikaji daripada pelbagai perspektif dalam rangka untuk lebih memahami sejarah dan tamadun Melayu.

Item Type: Proceeding Paper (Other)
Additional Information: 10667/124554
Uncontrolled Keywords: Ketatanegaraan, teks perundangan Melayu, kearifan tempatan, Islamisasi.
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
J Political Science > JC Political theory
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of History & Civilization
Depositing User: Dr. Mohamad Hazizie Sulkafle
Date Deposited: 25 Nov 2025 17:21
Last Modified: 25 Nov 2025 17:22
Queue Number: 2025-11-Q114
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/124554

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year