Idrus, Azean Idruwani and Azman, Hazim Fikri and Aubaidullah, Muhammad Nizam and Safuan, Nur Aqilah Husna and Tajuddin, Nurul Farah A’in and Mohd Zamri, Nurain Syamila
(2025)
Kit bibliosfera: pembelajaran berkesan terhadap pelajar pemulihan khas.
Jurnal Pemikir Pendidikan, 13 (1).
pp. 37-48.
ISSN 1985-3637
E-ISSN 3083-9491
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka keberkesanan pengaplikasian Kit Bibliosfera dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Pemulihan Khas di SK Pekan Pagoh, Johor. Kit Bibliosfera dibangunkan berasaskan perisian Microsoft PowerPoint yang digabungkan dengan aplikasi interaktif berunsur gamifikasi seperti Kahoot. Penggunaan kit ini dilihat berpotensi meningkatkan kualiti pembelajaran murid yang menghadapi cabaran pemprosesan maklumat secara perlahan dan masalah ingatan jangka pendek yang sememangnya mengganggu pembelajaran di sekolah. Kajian ini mengaplikasikan kaedah campuran eksplanatori dalam pengumpulan serta penganalisasan data. Sampel kajian yang dipilih merupakan 10 orang murid pemulihan dari SK Pekan Pagoh, Johor dari pelbagai latar dan tahun yang berbeza. Instrumen yang digunakan ialah ujian membaca sebelum dan selepas Kit Bibliosfera diperkenalkan dalam sistem pembelajaran seharian para murid tersebut. Penilaian instrumen tertumpu kepada pengenalan huruf vokal dan konsonan, suku kata terbuka dan tertutup, diftong dan pembacaan ayat mudah. Data dianalisis secara deskriptif bagi menggambarkan tahap kemahiran membaca murid sebelum dan selepas penggunaan Kit Bibliosfera. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan terhadap beberapa murid dan peningkatan ketara terhadap keseluruhannya selepas pengimplementasian Kit Bibliosfera dalam penerapan kemahiran literasi dan potensi intervensi digital. Seterusnya, kajian ini membuktikan bahawa penggunaan teknologi yang interaktif dalam sesebuah bahan pembelajaran mampu membawa kepada sistem pendidikan yang berkesan dan inklusif
Actions (login required)
 |
View Item |