Rosly, Nurul Jamilah
(2025)
HOMONIM BAHASA BAJAU DENGAN BAHASA MELAYU
STANDARD BERDASARKAN SEMANTIK LEKSIKAL.
HOMONIM BAHASA BAJAU DENGAN BAHASA MELAYU STANDARD BERDASARKAN SEMANTIK LEKSIKAL, 6 (3).
pp. 1-24.
E-ISSN 2682-8022
Abstract
Bahasa Bajau merupakan bahasa ibunda suku kaum Bajau yang merupakan salah satu etnik
Sabah di Malaysia. Sebahagian besar penduduknya tinggal di wilayah-wilayah pesisir pantai di
Filipina, Malaysia, dan Indonesia. Mereka terkenal dengan gelaran gipsi laut kerana
kependudukan mereka yang berada di pesisir laut dan pantai sejak dahulu lagi. Etnik Bajau
sangat mahir dan menguasai cara hidup di laut termasuklah membina rumah di atas laut,
menangkap hasil laut, menyelam dan sebagainya. Mereka juga memiliki dialek yang berbeza
bergantung kepada wilayahnya kerana Bajau terbahagi kepada dua golongan iaitu Bajau Laut
dan Bajau Darat. Walaubagaimanapun, dialek-dialek antara mereka masih memiliki kesamaan
yang kuat dalam kosa kata dan struktur tatabahasa. Justeru, pengkaji telah menjalankan satu
kajian tentang bahasa Bajau dan bahasa Melayu kerana dilihat kedua-dua bahasa tersebut
memiliki beberapa persamaan leksikal dari aspek ejaan dan sebutan namun berbeza makna atau
lebih dikenali sebagai homonim. Kajian ini mempunyai dua objektif, iaitu mengenal pasti
homonim di antara bahasa Bajau dengan bahasa Melayu standard dan membincangkan
semantik leksikal dari segi hubungan makna homonim di antara bahasa Bajau dengan bahasa
Melayu standard. Pengkaji menggunakan kaedah analisis kualitatif iaitu pemerolehan data
melalui Google Forms dan temu bual. Seramai 35 responden yang terlibat dalam menjayakan
kajian ini. Kajian ini menggunakan Teori Semantik Leksikal dalam menganalisis hubungan
makna homonim. Hasil dapatan menunjukkan sebanyak 53 leksikal bahasa Bajau yang
mempunyai hubungan homonim dengan bahasa Melayu standard. Persamaan yang wujud di
antara kedua-dua bahasa tersebut didorong oleh beberapa faktor seperti faktor sejarah, faktor
perkahwinan dan faktor migrasi masyarakat terdahulu. Oleh yang demikian, kajian ini
dilakukan adalah sebagai satu usaha untuk menampilkan bahasa Bajau yang berhomonim
dengan bahasa Melayu standard bagi mengelakkan salah tafsir antara bahasa tersebut.
Actions (login required)
 |
View Item |