Mohamed, Juliana and Miskon, Mohd Fuad and Mohd. Hanapiah, Muhammad Faiz and Roslan, Rozie Syahirah and Mas Lanasrie, Mas Nurul Alia and Che Suhaimi, Che Alia Syakila and Ihsan, Nur Afiqah and Jafar, Nurul Amira (2025) Laporan perkhidmatan analisis data inventori sumber marin dan persepsi komuniti untuk pengezonan semula taman laut Pulau Tioman. Technical Report. Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya, Malaysia.
![]() |
PDF (Technical Report)
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (41MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai semula data terkini, mengumpul pandangan dan persepsi pihak berkepentingan, serta menyediakan laporan komprehensif mengenai cadangan pengezonan semula kawasan perlindungan marin di Pulau Tioman. Untuk melancarkan proses pengumpulan data, sesi Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) telah diadakan di tujuh kampung utama di sekitar Pulau Tioman. Sesi ini melibatkan penyertaan aktif pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pengusaha chalet dan resort, pengusaha bot dan teksi air, pengusaha selam skuba, agensi kerajaan, serta organisasi bukan kerajaan (NGO). FGD ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan komuniti setempat mengenai pemetaan biodiversiti marin, ancaman yang dihadapi serta cadangan menambahbaik taman laut. Kajian mendapati bahawa Pulau Tioman memiliki biodiversiti marin yang tinggi seperti habitat terumbu karang dan spesies penting lain seperti penyu karah, penyu agar, dugong, ikan lumba-lumba, pelbagai spesies jerung dan pari. Namun, ekosistem ini terancam akibat pemutihan dan kerosakan terumbu karang, pencemaran minyak dan sampah, aktiviti pukat tunda, dan jaring hantu, dengan kawasan seperti Pulau Renggis, Batu Malang, Nayak dan Pulau Tulai mengalami kerosakan ketara. Aktiviti rekreasi berimpak rendah seperti kayak mendapat sokongan, sementara cadangan jetski ditolak kerana risiko keselamatan dan gangguan ekosistem. Langkah penambahbaikan yang disarankan meliputi penguatkuasaan dan pemantauan berterusan, penambahan infrastruktur, pemuliharaan habitat termasuk restorasi karang dan pengurusan tukun tiruan, program pendidikan alam sekitar, serta pengurusan zon memancing tradisional dengan peraturan ketat.
Item Type: | Monograph (Technical Report) |
---|---|
Additional Information: | 8391/123177 |
Uncontrolled Keywords: | FGD, persepsi, Pulau Tioman, taman laut, inventori sumber |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > GE196 Sustainable living H Social Sciences > H Social Sciences (General) Q Science > Q Science (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Science > Department of Marine Science Kulliyyah of Science > Institute of Oceanography and Maritime Studies Kulliyyah of Science |
Depositing User: | Dr Juliana Mohamed |
Date Deposited: | 18 Sep 2025 12:08 |
Last Modified: | 18 Sep 2025 13:01 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/123177 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |