IIUM Repository

Tahap penguasaan imbuhan Bahasa Melayu dalam kalangan penutur asing di aplikasi Tiktok

Zulkifli, Muiz Danial and Nahar, Nora'Azian (2025) Tahap penguasaan imbuhan Bahasa Melayu dalam kalangan penutur asing di aplikasi Tiktok. IINTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS JOURNAL OF LANGUAGES, 8 (1). pp. 1-25. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (582kB) | Request a copy

Abstract

Kemajuan teknologi telah membolehkan penyampaian maklumat semakin pantas dengan hadirnya media sosial. Namun begitu, terdapat kesan positif dan negatif jika tidak dikawal penggunaan media sosial. Aplikasi Tiktok merupakan media sosial yang melonjak naik penggunaannya dan menjadi pilihan ramai sejak tahun 2016 dan sehingga kini. Kesalahan penggunaan imbuhan bahasa Melayu juga telah meningkat dan ini turut memberikan kesan kepada penutur asing yang mempelajari bahasa Melayu. Golongan tersebut sukar untuk menguasai imbuhan bahasa Melayu ekoran kekangan sumber dan rujukan yang bersesuaian. Aplikasi Tiktok pula memainkan peranan kerana telah ramai penutur asing menyerlahkan diri dengan bertutur bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kesalahan penggunaan imbuhan bahasa Melayu dalam kalangan penutur asing di aplikasi Tiktok dan menganalisis tahap penguasaan imbuhan bahasa Melayu. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menumpukan perhatian kepada lima pengguna aplikasi Tiktok yang bertutur bahasa Melayu sebagai bahasa selain bahasa ibunda. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai kesalahan imbuhan bahasa Melayu yang dilakukan oleh penutur asing dan setiap penutur asing tersebut mempunyai tahap penguasaan sama ada cekap, sederhana atau terbatas. Hal ini menunjukkan semakin ramai penutur asing yang mampu bertutur bahasa Melayu walaupun terdapat dalam kalangan mereka yang kurang mahir dari aspek morfologi iaitu imbuhan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Aplikasi Tiktok, Imbuhan, Kesalahan, Tahap penguasaan, Penutur asing
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 10 Sep 2025 14:42
Last Modified: 11 Sep 2025 12:28
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/123135

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year