IIUM Repository

Analisis bahasa sindiran dalam novel Seadanya Aku

Nik Azmanuddin, Nik Nur Afiqah and Nahar, Nora'Azian (2025) Analisis bahasa sindiran dalam novel Seadanya Aku. IINTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS JOURNAL OF LANGUAGES, 8 (1). E-ISSN 0128-2573

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (583kB) | Request a copy

Abstract

Pemilihan ragam bahasa yang bersesuaian dengan pemahaman konteks dapat meningkatkan pemahaman kata dan menjelaskan isi penyampaian kepada pembaca dan pendengar. Hal ini demikian kerana, pemilihan ragam bahasa yang sesuai membantu dalam menjelaskan makna yang ingin disampaikan oleh penulis. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji jenis bahasa sindiran novel dalam novel Seadanya Aku. Objektif pertama ialah mengenal pasti jenis ujaran bahasa sindiran dalam novel Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya berdasarkan teori Keraf (2009) dan objektif kedua ialah menganalisis ujaran bahasa sindiran dalam novel Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya berdasarkan teori Keraf (2009). Kajian dijalankan menggunakan kaedah analisis teks. Berdasarkan hasil dapatan, terdapat 36 penggunaan bahasa sindiran yang terdiri daripada jenis sindiran innuendo 16.7%, ironi 19.4%, sinisme 44% dan sarkasme 19.4%. Jenis bahasa sindiran paling banyak digunakan oleh watak novel sindiran sinisme sebanyak 18 ujaran dan paling sedikit ialah sindiran innuendo sebanyak enam ujaran. Berdasarkan dapatan, penulis novel dapat mengaplikasikan sindiran melalui naratif dan jalan penceritaan watak untuk menunjukkan kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam masyarakat. Masyarakat mengetahui kepelbagaian jenis bahasa sindiran yang boleh digunakan untuk mempengaruhi komunikasi antara khalayak selain mengelakkan dan menjaga air muka pendengar. Kesimpulannya, penggunaan bahasa sindiran memberikan kesan dari segi penyampaian emosi dan tutur kata yang bersesuaian agar maksud tersebut dapat difahami oleh kedua- dua pihak sekali gus menggelakkan salah faham berlaku.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kata Kunci: Bahasa sindiran, Novel, Kerangka Keraf, Ujaran dan Pragmatik
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 10 Sep 2025 12:27
Last Modified: 11 Sep 2025 12:30
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/123133

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year