Husni, Ahmad Muhammad and Amin, Muhammad Husni (2025) Qisas dalam syariah Islamiah antara pengakuan dan pembatalan. International Journal for Studies on Children, Women, The Elderly and Persons with Disabilities (IJCWED), 24. pp. 1-7. E-ISSN 0128-309X
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (264kB) |
Abstract
Qisas ialah suatu hukuman jenayah yang disyariatkan Allah untuk dilaksanakan oleh orang yang beriman kepada penjenayah yang telah melakukan jenayah. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menjelaskan konsep qisas dalam syariah islamiah. Adakah hukuman qisas ini sesuai dilaksanakan pada masa kini. Bagaimanakah pelaksanaan qisas ini apabila didapati bukti jenayah tidak cukup syarat-syarat yang mewajibkan qisas. Apakah kesan yang terjadi apabila hukuman qisas itu digantikan kepada pengampunan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kualitatif dari segi analisis dokumen, analisis ayat-ayat al-Quran, hadis, buku-buku ilmiah serta artikel-artikel yang berkenaan. Objektif kajian ialah untuk mendedahkan kepada pembaca mengenai indahnya hukum qisas ini pada hakikatnya. Memberi pengetahuan kepada pembaca akan pelaksanaan dan kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan hukuman qisas. Mengenal pasti negara yang melaksanakan hukuman qisas dan cara pelaksanaannya. Mengetahui adakah boleh dilaksanakan atau tidak pada masa kini. Kajian ini mendapati bahawa hukuman qisas tidak dilaksanakan sewenang-wenangnya sehinggalah mendapati pembunuh atau penjenayah tersebut benar-benar cukup syarat untuk dilaksanakan qisas. Tidak semua penjenayah yang melakukan jenayah dilaksanakan hukuman qisas ke atasnya, terdapat juga penjenayah yang mendapat pengampunan dari mangsa atau keluarga mangsa. Diharapkan makalah ini dapat memberi pemahaman kepada pembaca tentang qisas dan pelaksanaannya.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kata Kunci: Qisas, Pelaksanaannya, Pengakuan,Pembatalan &Pengampunan. |
Subjects: | BPK Islamic law. Shari'ah. Fiqh > BPK36 Islamic law (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh |
Depositing User: | Dr Ahmad bin Muhammad Husni al-Jufri |
Date Deposited: | 16 Jun 2025 09:43 |
Last Modified: | 16 Jun 2025 09:43 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/121527 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |