Farhan Ramlan, Muhammad Ammar and Syed Aziz, Sharifah Noorhidayah and Ahmad Lutfi, Mujahid and Amer, Uqbah (2022) Metodologi penulisan manzumah tajwid surah al-Fatihah karya Jamal al-din al-Sarsari (w. 656h). Jurnal Qiraat, 5 (2). pp. 79-89. E-ISSN 2636-9521
| ![[img]](http://irep.iium.edu.my/style/images/fileicons/application_pdf.png) | PDF
 - Published Version Restricted to Repository staff only Download (5MB) | Request a copy | 
Abstract
Surah al-Fatihah merupakan salah satu rukun solat yang wajib dibaca ketika mendirikan solat. Kegagalan seseorang menyempurnakan syarat wajib bacaan surah al-Fatihah di dalam solat akan menyebabkan solatnya tidak sah. Di antaranya, membaca surah al-Fatihah tanpa menepati hukum tajwid sehingga membawa kepada perubahan makna sesuatu ayat di dalam surah tersebut. Permasalahan bacaan surah al-Fatihah dalam kalangan masyarakat sentiasa berlaku serta ia kurang mengambil perhatian dalam usaha membaiki bacaan surah al-Fatihah. Oleh itu, dalam menangani masalah ini didapati Jamal al-Din al-Sarsari (w. 656H) merupakan salah seorang ulama yang telah menulis panduan bacaan bertajwid pada surah al-Fatihah dalam bentuk manzumah iaitu bait syair yang mengandungi sebanyak 26 bayt. Maka, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan Jamal al-Din al-Sarsari (w. 656H) sebagai tokoh ilmu tajwid serta meneliti metode penulisan beliau berdasarkan manzumah surah al-Fatihah. Kajian ini dilaksanakan dengan reka bentuk analisis kandungan iaitu data-data yang bersumber dari manzumah tajwid al-Fatihah serta buku-buku yang berhubungan dengan perbahasan demi mencapai objektif yang telah digariskan. Kajian ini mendapati bahawa Jamal al-Din al-Sarsari (w. 656H) tidak hanya menumpukan perbahasan ilmu tajwid surah al-Fatihah pada 12 bayt sahaja. Akan tetapi, beliau memasukan perbahasan lain pada 14 bayt seperti nasihat kepada pembaca al-Quran, keistimewaan surah al-Fatihah dan nasihat akidah berpandukan surah al-Fatihah.
| Item Type: | Article (Journal) | 
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Jamal al-Din, al-Sarsari, manzumah, tajwid, matan, al-Fatihah | 
| Subjects: | BPL Islamic education > BPL27 Aims and objectives of education. Sustainable education | 
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion | 
| Depositing User: | Mr Mujahid Bin Ahmad Lutfi | 
| Date Deposited: | 23 Jan 2025 12:16 | 
| Last Modified: | 23 Jan 2025 12:16 | 
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/118520 | 
Actions (login required)
|  | View Item | 
 
	
	 Download Statistics
 Download Statistics Download Statistics
 Download Statistics