IIUM Repository

LEKSIKAL “AIR” DALAM SIMPULAN BAHASA: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF

Rosly, Nurul Jamilah (2024) LEKSIKAL “AIR” DALAM SIMPULAN BAHASA: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF. In: SEMINAT BAHASA BUDAYA DAN SASTERA 2024, 28 APRIL 2024, Pagoh Muar.

[img]
Preview
PDF
Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini akan menganalisis penggunaan leksikal kata nama air dalam simpulan bahasa. Hal ini bertujuan untuk mengetahui akal budi di sebalik penggunaan leksikal kata air untuk sesebuah simpulan bahasa untuk menyampaikan maksud tersirat di sebaliknya. Data simpulan bahasa diperoleh melalui Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua yang dikarang oleh Abdullah Hussain (2016) dan dipilih hanya simpulan bahasa yang mempunyai leksikal kata air untuk dianalisis. Sebanyak 66 simpulan bahasa yang menepati namun pengkaji hanya memilih sepuluh sahaja untuk dianalisis. Pengkaedahan kajian ini menggunakan kaedah menganalisis data, tafsiran melalui semantik inkuisitif dan Rangka Rujuk Silang (RSS). Rangka Rujuk Silang merupakan kaedah yang dipelopori oleh Kempson (1984) yang diperkenalkan di dalam teori Relevan (1986). Hasil dapatan kajian menunjukkan simpulan bahasa ini dapat dibahagikan kepada domain tingkah laku dan pancaindera. Kajian ini juga telah diperincikan lagi menggunakan tatatingkat semantik inkuisitif, iaitu tahap semantik skrip, tahap semantik resonans dan tahap semantik inkuisitif. Kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat pada zaman dahulu peka akan keadaan sekeliling dan menggunakan apa yang ada untuk ditanam sesebuah falsafah di sebaliknya. Secara kesimpulannya, penggunaan semantik inkuisitif dilihat berjaya menelusuri akal budi di sebalik simpulan bahasa dengan tepat dan mudah untuk difahami.

Item Type: Proceeding Paper (Slide Presentation)
Uncontrolled Keywords: Simpulan bahasa, Semantik Inkuisitif, Rangka Rujuk Silang, Akal Budi, Domain.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 02 Jan 2025 11:34
Last Modified: 02 Jan 2025 11:34
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117998

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year