IIUM Repository

Komuniti Iban di Rumah Panjang Lingu Pakut Sibuti : Analisis Geolinguistik

Tinggom, Adriana Santa (2024) Komuniti Iban di Rumah Panjang Lingu Pakut Sibuti : Analisis Geolinguistik. In: Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu Kali Ke-8, 10-11 September 2024, Tokyo University of Foreign Studies.

[img] PDF - Submitted Version
Download (4MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat bahasa, budaya dan adat komuniti Iban di rumah panjang Lingu Pakut Sibuti dari aspek geolinguistik. Kajian ini merupakan kajian lapangan dan bersifat deskriptif. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik dan juga temu bual dengan responden. Sebanyak 30 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan faktor bentuk muka bumi di kawasan rumah panjang telah memainkan peranan dalam pembentukan bahasa Iban dalam kalangan komuniti Iban di rumah panjang ini. Selain daripada faktor linguistik, faktor seperti adat dan budaya juga turut mempengaruhi kewujudan komuniti Iban di rumah panjang ini. Kajian ini dapat memperlihatkan faktor geografi seperti bentuk muka bumi digembleng dengan faktor amalan adat tradisi serta budaya mampu mengekalkan komuniti Iban di rumah panjang Lingu Pakut Sibuti. Meskipun komuniti Iban di rumah Lingu masih tinggal di rumah panjang, adat, bahasa dan budaya komuniti Iban di tempat ini masih dikekalkan sehingga pada hari ini. Bahasa, budaya dan adat Masyarakat Iban haruslah dipelihara agar tidak pupus ditelan zaman.

Item Type: Proceeding Paper (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: Bahasa Iban ; bentuk muka bumi; sosioekonomi; budaya; adat dan kepercayaan
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Adriana Santa Tinggom
Date Deposited: 31 Dec 2024 16:56
Last Modified: 31 Dec 2024 16:56
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117683

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year