IIUM Repository

Ancaman terhadap kekuasaan politik Mughal di India era Awrangzib: satu penelitian sejarah = the threat to Mughal political dominance in India during Awrangzib’s reign: a historical study

Abul Hassan Ashari, Mohamad Zulfazdlee and Ahmad Safian, Nursafira and Mohd Nor, Mohd Roslan and Mat Resad, Izziah Suryani (2024) Ancaman terhadap kekuasaan politik Mughal di India era Awrangzib: satu penelitian sejarah = the threat to Mughal political dominance in India during Awrangzib’s reign: a historical study. Jurnal 'Ulwan, 9 (2). pp. 47-59. E-ISSN 2600-7843

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (367kB) | Request a copy

Abstract

ABSTRAK Setiap pemimpin semestinya menghadapi pelbagai ancaman yang boleh menggugat kekuasaan dan dominasi politiknya. Hal yang sama juga dihadapi oleh Awrangzib semasa beliau menerajui Kerajaan Mughal daripada tahun 1658 hingga 1707. Pelbagai wilayah yang bernaung di bawah Kerajaan Mughal ketika itu sering kali menimbulkan kekusutan sehingga mengancam penguasaan politik Awrangzib di India. Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut, kajian ini bertujuan untuk meneliti ancaman yang terpaksa dihadapi oleh Awrangzib, khususnya yang datang daripada pelbagai wilayah ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian sejarah dan analisis kandungan dalam proses mengumpul dan menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan wilayah-wilayah yang jauh daripada pusat pemerintahan Mughal di Delhi sentiasa mewujudkan ancaman kepada hegemoni politik Mughal, antaranya wilayah timur India, Deccan dan Punjab. Hal ini disebabkan wujudnya penentangan daripada golongan seperti golongan Ahom, Maratha dan Sikh serta kerajaan-kerajaan kecil seperti Bijapur dan Golkonda yang menolak penguasaan Kerajaan Mughal dan berusaha mewujudkan pemerintahan autonomi sendiri. Akibat daripada gejala berkenaan, Awrangzib terpaksa mengambil tindakan tegas melalui ketenteraan bagi mengatasi ancaman yang berlaku sekaligus memastikan kelestarian Kerajaan Mughal. ABSTRACT Every leader encounters various threats that could jeopardize their authority and political dominance. Awrangzib faced similar challenges during his reign over the Mughal Empire from 1658 to 1707. Many regions under Mughal rule frequently stirred unrest, threatening Awrangzib’s political control in India. This study seeks to explore the challenges Awrangzib faced, particularly those arising from different regions. Using a qualitative approach, the research relies on historical analysis and content analysis to gather and interpret data. The findings highlight that regions far from the central of Mughal administrative in Delhi such as eastern India, the Deccan, and Punjab, consistently posed threats to Mughal rule. Resistance came from groups like the Ahoms, Marathas, and Sikhs, as well as smaller kingdoms like Bijapur and Golconda that opposed Mughal authority and sought self-governance. In response, Awrangzib had to implement strict military measures to address these threats and maintain the stability of the Mughal Empire.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: Awrangzib; Deccan; Sikh; Maratha; Ahom Keywords: Awrangzib; Deccan; Sikh; Maratha; Ahom
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
D History General and Old World > D History (General) > D111 Medieval History
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN
Date Deposited: 03 Feb 2025 09:52
Last Modified: 03 Feb 2025 10:10
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117475

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year