Suhaimi, Mohamad Suhaizi and Zambrishah, Khairul Anwar (2024) Aplikasi panduan penyuntingan buku agama terhadap editor bahasa Melayu di Malaysia. Journal of Human Development and Communication, 13. pp. 110-124. ISSN 2289 - 2702
|
PDF
Download (500kB) | Preview |
Abstract
Tindakan para editor dalam mengaplikasikan panduan penyuntingan buku agama semasa menjalankan tugas editorial masih tidak diketahui lalu menimbulkan persoalan tentang amalan penyuntingan yang dilaksanakan oleh mereka terhadap buku agama berbahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti dan menganalisis amalan penyuntingan yang diterapkan oleh para editor buku agama berbahasa Melayu di Malaysia. Tambahan pula, penghasilan naskhah-naskhah bacaan berkaitan ilmu agama tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan perlu berlandaskan ajaran agama Islam yang benar mengikut al-Quran dan Hadis. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan instrumen borang soal selidik berbentuk ‘Google Forms’ bagi mendapatkan pandangan para editor terhadap aplikasi amalan penyuntingan buku agama semasa menjalankan tugas. Seramai lapan orang editor telah dipilih masing-masing daripada dua buah syarikat penerbitan buku yang menerbitkan buku-buku berkategori agama iaitu Telaga Biru Sdn Bhd dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dapatan kajian menunjukkan majoriti bersetuju terhadap amalan penyuntingan buku agama yang perlu dipatuhi bagi menerbitkan buku-buku agama di samping mampu untuk membentuk individu yang memiliki peribadi yang baik, hubungan baik sesama manusia, dan berupaya untuk melaksanakan kerja dengan lebih teratur.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H61 Theory. Method P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
Depositing User: | DR MOHAMAD SUHAIZI SUHAIMI |
Date Deposited: | 30 Dec 2024 17:00 |
Last Modified: | 30 Dec 2024 17:00 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117433 |
Actions (login required)
View Item |