IIUM Repository

Penggunaan Dialek Melayu Siam oleh Golongan Remaja di Ayer Hangat, Langkawi.

Nopiah, Julaina and Halim, Nur Zulaikha Lyana and Tinggom, Adriana Santa (2024) Penggunaan Dialek Melayu Siam oleh Golongan Remaja di Ayer Hangat, Langkawi. International Young Scholars Journal of Languages, 7. pp. 206-222. E-ISSN e-ISSN 0128-2573

[img]
Preview
PDF
Download (356kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (677kB) | Preview

Abstract

Daerah Langkawi yang terletak di negeri Kedah menyebabkan pendudukanya sentiasa menggunakan dialek Kedah ketika berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Namun begitu, penduduk di Ayer Hangat lebih cenderung menggunakan dialek Melayu Siam ketika berkomunikasi antara satu sama lain. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan mengenai penggunaan dialek Melayu Siam oleh golongan remaja di Ayer Hangat, Langkawi. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti penggunaan dialek Melayu Siam dan menganalisis faktor pemilihan bahasa dialek mengikut situasi formal atau tidak formal dalam golongan remaja di Ayer Hangat, Langkawi. Kajian ini menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan soal selidik bagi mendapatkan data mengenai penggunaan dialek Melayu Siam dalam golongan remaja. Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 30 perkataan dalam dialek Melayu Siam telah dikumpulkan. Faktor pemilihan bahasa bagi dialek Melayu Siam mengikut situasi formal dan tidak formal menunjukkan bahawa golongan remaja lebih kerap menggunakan dialek Melayu Siam ketika berkomunikasi dalam situasi tidak formal seperti berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan. Namun, golongan remaja hanya menggunakan bahasa Melayu Standard ketika berkomunikasi dalam situasi formal seperti ketika bekerja. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan kajian ini dapat mendedahkan kewujudan dialek Melayu Siam di Langkawi kepada masyarakat di luar dan semakin banyak kajian yang akan dihasilkan pada masa hadapan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: dialek Melayu Siam, penggunaan dialek, pemilihan bahasa, formal, tidak formal, golongan remaja
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 02 Jan 2025 11:33
Last Modified: 02 Jan 2025 11:33
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117063

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year