IIUM Repository

Kesedaran Generasi Z Terhadap Penggunaan Sistem Tulisan Jawi

Nopiah, Julaina and HANIJAN, NURHANIS HIDAYAH (2024) Kesedaran Generasi Z Terhadap Penggunaan Sistem Tulisan Jawi. International Young Scholars Journal of Languages, 7 (1). pp. 105-118. E-ISSN e-ISSN 0128-2573

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (652kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (349kB) | Preview

Abstract

Tulisan Jawi merupakan salah satu warisan daripada khazanah peradaban Islam yang wujud sejak sekitar tahun 1300 Masihi. Pengaruh Islam terhadap bahasa Melayu telah memberi impak yang besar sehingga tulisan Jawi telah dijadikan sebagai bentuk ejaan dalam penulisan bahasa Melayu suatu ketika dahulu. Dalam era teknologi moden ini, tulisan Jawi dilihat semakin dipinggirkan, namun begitu tidak bermakna tulisan Jawi ini terus dilupakan oleh masyarakat. Justeru, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti tahap penguasaan generasi Z terhadap sistem tulisan dan ejaan Jawi serta menganalisis tahap penguasaan generasi Z terhadap sistem tulisan dan ejaan Jawi. Soal selidik secara dalam talian diberikan kepada 30 orang responden yang dipilih secara rawak. Data yang diperoleh dianalisis dalam bentuk carta pai. Dapatan kajian mendapati tahap penguasaan generasi Z terhadap sistem tulisan dan ejaan Jawi berada di tahap memuaskan dengan peratusan keseluruhan responden yang berjaya menjawab soalan mengenai tulisan Jawi melalui soal selidik adalah sebanyak 76 peratus. Hasil kajian membuktikan bahawa tahap penguasaan generasi Z masih lagi berada di tahap yang baik. Oleh itu, pengkaji berharap kajian ini dapat membantu masyarakat supaya mereka lebih tertarik untuk meningkatkan pengetahuan terhadap penggunaan sistem tulisan dan ejaan Jawi dan dapat menggunakannya demi mengekalkan keistimewaan tulisan Jawi pada masa akan datang.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: sistem ejaan dan tulisan Jawi, generasi Z, tahap penguasaan, kuantitatif, kualitatif
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 02 Jan 2025 11:23
Last Modified: 02 Jan 2025 11:23
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117062

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year