Abdullah, Mohd Azhar and Zulkefli, Ahmad Arif and Yaacob, Mohd Saiba and Mohd Nassuruddin, Ahmad Syakir and Abdul Ghani, Muhammad Amiri (2024) Terminologi Ahli Sunnah wal Jamaah: kronologi pengistilahan umum kepada khusus dalam akidah dan konflik dalaman umat Islam. DIRASATICA: Journal of Contemporary Islamic Studies., 1 (1). pp. 46-72. E-ISSN 3120-3604
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (659kB) | Request a copy |
Abstract
Tiada lagi umat lain selepas Nabi Muhammad SAW hingga kiamat. Perpecahan umat ini kepada tujuh puluh tiga golongan dan hanya satu golongan sahaja terselamat. Nama dan ciri-ciri bagi satu golongan yang terselamat terkandung dalam beberapa istilah; “Ahl al-Sunnah”, “Ana wa Ashabi”, “al-Firqah al-Najiyah”, “al-Sawad al-A‘zam”, kemudian dilengkapkan kepada “Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah”. Semua golongan berebut-rebut menisbahkan dengan istilah-istilah tersebut bagi membenarkan alirannya. Hal yang demikian menyaksikan pertembungan yang besar pada zaman salaful soleh dengan Syiah, Qadariah, Muktazilah dan Jahmiah sehingga nama bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah dikhususkan kepada mazhab Asha’irah dan Maturidiah. Di Malaysia, konflik muncul dengan istilah kaum tua dengan kaum muda pada awal abad ke-19. Penggubalan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 menzahirkan hakikat pertembungan dengan wahabi-salafi yang sebelum ini samar-samar. Mereka mendakwa pengkhususan Asha’irah dan Maturidiah sebagai jumud, sempit dan eklskusif. Kajian-kajian Ahli Sunnah Wal Jamaah banyak diterbitkan menyentuh isu manhaj, persejarahan dan peranan mazhab Asha’irah dan Maturidiah. Dalam pada itu, penjelasan secara kronologi bagaimana kedua-dua mazhab tersebut mengambil tempat utama kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah kurang diberikan perhatian. Sehubungan itu, kajian persejarahan ini menjelaskan secara kronologi penisbahan dua mazhab akidah kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kajian kualitatif ini menggunakan kajian kandungan melalui penelitian arkib dan kepustakaan kitab-kitab turath, semasa dan kajian-kajian ilmiah. Dapatan kajian ini mengukuhkan kefahaman dan keyakinan umat Islam bahawa mazhab Asha’irah dan Maturidiah adalah manhaj akidah yang merangkumkan tauhid Islam menurut manhaj salaful soleh. Pihak pemerintah perlu konsisten dalam memperundangkan kedua-dua mazhab tersebut bagi memantapkan pentadbiran Islam dan memelihara perpaduan.
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Istilah; Asha’irah; Maturidiah; Ahli Sunnah Wal Jamaah; pengkhususan |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP166 Theology (Kalam) > BP166.1 History of theology B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion |
| Depositing User: | Dr Ahmad Arif Zulkefli |
| Date Deposited: | 01 Aug 2026 09:31 |
| Last Update: | 01 Aug 2026 09:31 |
| Queue Number: | 2026-07-Q4488 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/116914 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
