Idrus, Azean Idruwani and Nopiah, Julaina and Anak Tinggom, Adriana Santa (2024) Gangguan Dalam Perbualan:Satu Analsis Wacana. In: E-Prosiding Seminar Bahasa, Budaya dan Sastera 2024 Peringkat Kebangsaan, 28.4.2024, KSTCL Press KM1, Jalan Panchor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari 84600 Pagoh, Muar, Johor.
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only until 31 December 2050. Download (359kB) | Request a copy |
Abstract
Wawancara merupakan perbualan yang dilakukan secara bersemuka dengan memasukkan elemen perbualan harian. Dalam wawancara, perbualan menjadi unsur utama untuk menyampaikan tujuan serta pandangan tentang sesuatu perkara. Pengacara dan orang yang diwawancara memainkan peranan yang signifikan dalam menjayakan sesebuah program wawancara. Kemahiran berbahasa yang baik dapat menghasilkan soalan dan jawapan yang berkualiti. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa berperanan sebagai alat komunikasi dan alat untuk menyatakan fikiran, selain sebagai kegiatan yang bermakna, dan menjadi sistem lambang yang dihasilkan oleh manusia. Namun demikian, unsur celahan dalam perbualan menyebabkan berlakunya gangguan dalam perbualan. Oleh itu, terdapat dua objektif dalam kajian ini, iaitu mengenal pasti dan menganalisis unsur gangguan dalam perbualan segmen Asam Garam Rumah Tangga. Sebanyak lima topik daripada segmen Asam Garam Rumah Tangga telah dipilih dan dianalisis berdasarkan kaedah analisis kandungan teks. Setiap ujaran dalam teks dianalisis menggunakan Model Celahan oleh Roslina Mamat (2004). Dapatan menunjukkan unsur celahan dalam perbualan Asam Garam Rumah Tangga terdiri daripada celahan gangguan dan celahan pertolongan. Celahan gangguan ini digunakan untuk mengganggu percakapan penutur semasa, seterusnya membawa kepada pengambilan giliran secara tidak sah. Sementara celahan pertolongan pula merupakan celahan yang berperanan untuk menolong penutur semasa, sekiranya pertuturan tidak lancar. Seterusnya, unsur celahan ini turut digunakan untuk merancakkan perbualan. Unsur celahan ini bukan sahaja membantu dalam kelancaran berbahasa tetapi juga mewujudkan kefahaman dalam perbualan antara pemeran. Dalam konteks ini, adalah penting bagi individu yang menggunakan bahasa untuk memahami, mempelajari, dan menguasai kemahiran berinteraksi menggunakan unsur-unsur celahan bagi mengelakkan celahan ini daripada mengganggu sesebuah perbualan, khususnya dalam wawancara
Item Type: | Proceeding Paper (Slide Presentation) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Gangguan, Celahan, Perbualan, Analisis Wacana, Wawancara |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
Depositing User: | Dr. Azean Idruwani Idrus |
Date Deposited: | 13 Dec 2024 10:01 |
Last Modified: | 13 Dec 2024 10:01 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/116656 |
Actions (login required)
View Item |