Idrus, Azean Idruwani (2024) WACANA PERBUALAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT CINA DI DUNGUN,TERENGGANU. In: SEMINAR ANTARABANGSA FALSAFAH, TAMADUN, ETIKA DAN TURATH ISLAMI KALI KE-7 (i-STET) 2024, 15.10.2024-16.10.2024, Universti Sains Islam Malaysia.
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only until 31 December 2050. Download (11MB) | Request a copy |
Abstract
Keunikan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama mewarnai kehidupan masyarakat hasil daripada kepelbagaian yang menyatupadukan. Kewujudan pelbagai bahasa dan dialek ini mencerminkan kekayaan budaya dan sejarah manusia yang sangat kompleks. Bahasa bukan sahaja alat komunikasi tetapi juga identiti dan warisan sesuatu masyarakat. Terengganu merupakan salah sebuah negeri yang terdapat di Malaysia dan dialek yang terdapat di negeri tersebut secara majoritinya digunakan oleh masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir kasyarakat Cina yang turut menggunakan dialek tersebut dalam perbualan seharian. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis wacana perbualan dalam kalangan masyarakat Cina di daerah Dungun, Terengganu.Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan tumpuan kepada kajian kepustakaan dan lapangan dengan mengaplikasikan Teori Domain Fishman (1972). Kaedah pengedaran borang soal selidik secara dalam talian melalui Google Form dan temu bual digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemahaman perkataan dialek Terengganu dalam kalangan masyarakat Cina berada pada tahap yang memuaskan dan masyarakat Cina memahami makna bahasa Melayu dalam perkataan dialek Terengganu walaupun mempunyai perbezaan yang ketara. Kajian ini juga mendapati dua faktor yang mendorong masyarakat Cina untuk menggunakan dialek Terengganu, iaitu faktor pekerjaan dan pendidikan.Kajian ini telah menjelaskan bahawa pemahaman masyarakat Cina terhadap dialek Terengganu haruslah dikekalkan agar hubungan antara komuniti terus erat dan harmoni. Dialek Terengganu bukan sahaja bahasa pertuturan tetapi juga cerminan identiti dan budaya setempat yang unik
Item Type: | Proceeding Paper (Slide Presentation) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Wacana; Perbualan; Masyarakat Cina; Dungun; Dialek |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
Depositing User: | Dr. Azean Idruwani Idrus |
Date Deposited: | 13 Dec 2024 09:58 |
Last Modified: | 13 Dec 2024 09:58 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/116650 |
Actions (login required)
View Item |