IIUM Repository

Kesakitan individu: Jenis, persepsi dan cara membantu

Sowtali, Siti Noorkhairina (2024) Kesakitan individu: Jenis, persepsi dan cara membantu. Kesakitan individu: Jenis, persepsi dan cara membantu.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (498kB) | Request a copy

Abstract

Rasa sakit atau kesakitan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis utama: 1) Akut dan 2) Kronik. Sakit akut boleh jadi dalam dua situasi iaitu: 1) rasa yang tajam dan tertumpu pada satu lokasi tubuh (Nociceptive) atau 2) rasa kejang dan boleh berlaku pada mana-mana lokasi tubuh (Visceral), manakala sakit kronik biasanya 1) melibatkan saraf tunjang dan saraf periferi tubuh (Neuropathic) atau akibat 2) sakit yang berpunca daripada kanser. Pada masa yang sama, rasa sakit atau kesakitan turut dikategorikan mengikut lokasi, durasi, intensiti dan etiologi (punca) (Siti Noorkhairina, 2022). Kita sudah pasti sinonim dengan pertanyaan sebegini oleh profesional kesihatan seperti doktor atau jururawat “Sakit di mana?” atau “Ada rasa sakit ke hari ini? Sudah semakin reda ke?” Soalan-soalan ini sangat penting untuk kita mengenal pasti jenis kesakitan dari aspek berikut: a) Lokasi – Bagi pesakit jantung atau yang mengalami masalah sakit dalam perut (sebagai contoh pedih hulu hati atau gastro-aesophagal reflux disease), kadangkala akan mengalami simptom yang hampir sama iaitu rasa sakit yang melangkau sehingga ke bahu (referred atau radiated pain). b) Durasi – Ia merujuk kepada berapa lama seseorang sudah mengalami rasa sakit tersebut. Ia diukur dalam tempoh beberapa minit/jam (akut) sehingga beberapa bulan/tahun (kronik). c) Intensiti – Berkait rapat dengan tahap kesakitan iaitu ringan (mild), pertengahan (moderate) atau teruk (severe). d) Etiologi (punca) – Ia berkait rapat dengan kategori jenis Nociceptive atau Neuropathic yang telah disebutkan sebelum ini.

Item Type: Article (Electronic Media)
Uncontrolled Keywords: Jenis; Persepsi; Cara Membantu
Subjects: R Medicine > RT Nursing > RT48 Nursing assessment > RT48.55 Patient monitoring
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Nursing
Kulliyyah of Nursing > Department of Professional Nursing Studies
Depositing User: Miss Siti Noorkhairina Sowtali
Date Deposited: 26 Nov 2024 08:02
Last Modified: 26 Nov 2024 08:14
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/116081

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year