Jainlabdin, Mohd Hanif and Mohd Ali, Mohammad Ridhuan and Abdul Razak, Redzuan Nul Hakim (2024) Pendekatan ‘One Health’ dan ancaman kerintangan antimikrob di Malaysia: menghadapi cabaran kesihatan global. Majalah Sains. E-ISSN 2682-8456
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Antibiotik merupakan revolusi penting dalam perubatan moden, dengan penemuan pertama, penisilin, oleh Alexander Fleming pada tahun 1928. Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan bakteria dan telah menyelamatkan jutaan nyawa. Namun begitu, penggunaan antibiotik yang berlebihan dan tidak terkawal telah menyebabkan satu ancaman global iaitu rintangan antimikrob. Kerintangan antimikrob berlaku apabila bakteria, virus, kulat, dan parasit tidak lagi bertindak balas (kebal) terhadap ubat-ubatan yang sepatutnya membunuh mereka. Di Malaysia dan negara-negara serantau yang lain, fenomena ini menjadi semakin serius. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia, kes jangkitan yang disebabkan oleh bakteria rintang seperti Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) dan Carbapenem-resistant Enterobacteriaceae (CRE) semakin meningkat. Di seluruh dunia, kerintangan antimikrob menyebabkan sekurang-kurangnya 700,000 kematian setiap tahun, dan jika tidak diatasi, angka ini dijangka meningkat kepada 10 juta kematian setahun menjelang 2050. Oleh itu, penting untuk memahami isu ini dalam konteks tempatan dan mengambil langkah pencegahan yang proaktif.
Item Type: | Article (Magazine) |
---|---|
Subjects: | Q Science > QR Microbiology |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Nursing > Department of Basic Medical Sciences for Nursing Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-Being (PLANETIIUM) Kulliyyah of Nursing |
Depositing User: | Dr Mohd Hanif Jainlabdin |
Date Deposited: | 04 Sep 2024 15:42 |
Last Modified: | 04 Sep 2024 15:42 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/114253 |
Actions (login required)
View Item |