Ismail, Safinah and Mat Zain, Aemy Elyani and Ibrahim, Haslina and Ismail, Nazneen and Abu Hassan, Nur Aisyah and Dass Meral, Fatin Farzana (2024) Kepentingan aplikasi digital dalam pembelajaran anak muda era industri 4.0 = The importance of digital applications in young children's learning industry era 4.0. Semarak International Journal of STEM Education, 1 (1). pp. 28-38. ISSN 3030-5152
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Aplikasi digital mempunyai impak yang positif dalam pembelajaran pelajar termasuk anak muda. Namun ada kalanya anak muda lebih banyak berinteraksi dengan gadjet dan menyebabkan mereka bersikap antisosial. Bahkan terdapat juga anak muda yang kurang menitik beratkan soal pembelajaran mereka. Oleh itu, kajian ini mengkaji kepentingan aplikasi digital dalam pembelajaran anak muda era industri 4.0. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk deskriptif. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen daripada jurnal, buku-buku, prosiding, bab dalam buku dan sebagainya. Data dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan perlunya aplikasi digital dalam pembelajaran anak muda era industri 4.0 kerana ia relevan dan berkesan. Justeru, kepentingan pembelajaran melalui aplikasi digital dapat membantu anak muda dalam proses pembelajaran kerana aplikasi digital lebih mudah digunakan, menjadikan pengajaran lebih menarik dan interaktif, meningkatkan motivasi, bersifat fleksibel, menggalakkan pembelajaran secara kendiri, meningkatkan kefahaman dan pencapaian, membuka minda, menggalakkan pembelajaran di luar waktu persekolahan, membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, membina kemahiran berfikir, meningkatkan pencapaian dan pengalaman pembelajaran. Oleh itu, aplikasi digital merupakan keperluan kepada anak muda era industri 4.0. Ini bertepatan dengan matlamat pembelajaran abad ke-21. Diharapkan kajian ini dapat memberi panduan kepada semua dalam usaha penggalian khazanah ilmu berkaitan aplikasi digital dan pembelajaran anak muda masa kini.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kepentingan; aplikasi digital; anak muda |
Subjects: | BPL Islamic education > BPL27 Aims and objectives of education. Sustainable education |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion |
Depositing User: | Dr Haslina Ibrahim |
Date Deposited: | 16 Jul 2024 14:37 |
Last Modified: | 16 Jul 2024 14:37 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/113220 |
Actions (login required)
View Item |