IIUM Repository

Kajian pergolakan udara ekstrem dalam pesawat perlu berterusan

Abdullah, Nur Azam (2024) Kajian pergolakan udara ekstrem dalam pesawat perlu berterusan. Berita Harian, MukaSepuluh (26hb Mei 2024). p. 10.

[img] PDF (Newspaper) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (387kB) | Request a copy

Abstract

Kita dikejutkan dengan insiden turbulens atau pergolakan udara ekstrem berlaku pada penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321 dari London ke Singapura, Selasa lalu. Insiden itu menyebabkan seorang penumpang meninggal dunia dan mencederakan 30 individu lain itu, berlaku di pertengahan penerbangan hingga memaksa pesawat melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand. Turbulens merujuk keadaan aliran udara menjadi tidak stabil dan bergejolak yang boleh menyebabkan pesawat bergoncang atau berayun dengan kuat. Keadaan ini sering dialami ketika penerbangan dan boleh disebabkan pelbagai faktor seperti perubahan mendadak dalam arah atau kelajuan angin, pertembungan dengan arus udara atau ketika terbang melalui awan kumulonimbus tebal. Insiden berlaku ketika kru kabin menghidangkan sarapan dan mengejutkan penumpang itu, menyebabkan mereka terpelanting dalam kabin. Seorang penumpang meninggal dunia disyaki mengalami serangan jantung, manakala beberapa penumpang cedera daripada ringan hingga kritikal.

Item Type: Article (Newspaper)
Uncontrolled Keywords: kajian pergolakan udara, pesawat, Singapore Airlines (SIA) SQ321
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ170 Mechanics applied to machinery. Dynamics
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ181 Mechanical movements
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics > TL500 Aeronautics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Engineering
Kulliyyah of Engineering > Department of Mechanical Engineering
Depositing User: Ir.Ts.Dr. Nur Azam Abdullah
Date Deposited: 28 May 2024 11:38
Last Modified: 07 Aug 2024 17:05
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/112353

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year