Hashim @ Wan Husain, Wan Ahmad Fauzi (2023) Analisis Hukum Kanun Pahang dari aspek ciri perlembagaan moden = Analysis of the Law of the Pahang Code from the aspect of modern constitutional features. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 6 (4). pp. 220-233. E-ISSN 2600-9080
|
PDF (Journal)
- Published Version
Download (300kB) | Preview |
Abstract
Pahang merupakan sebuah kerajaan tua di Tanah Melayu. Sebagai sebuah kerajaan, secara amalannya terdapat sistem yang mengawal urusan pemerintahan dan perhubungan antara pelbagai pihak dalam aspek kenegaraannya. Apatah lagi kemudiannya Pahang sebagai sebuah kesultanan berdaulat, pastinya mempunyai pemerintahan dan undang-undangnya yang tersendiri. Hukum Kanun Pahang adalah bukti satu tahap ketamadunan yang telah dicapai oleh pemerintahan tradisional di Tanah Melayu. Artikel ini bertujuan untuk menyiasat Hukum Kanun Pahang dari aspek ciri sebuah perlembagaan moden. Kajian ini ialah kualitatif bereka bentuk analisis undang-undang menggunakan jurisprudens watan. Analisis ini memeriksa prinsip kedaulatan dan ciri perlembagaan yang terkandung dalam Hukum Kanun Pahang. Buku berjudul Sejarah Pahang karangan Haji Buyong Adil (1972) dijadikan sebagai sumber utama rujukan sejarah. Kajian ini tidak bermaksud untuk membincangkan setiap elemen dalam ciri perlembagaannya. Dapatan menunjukkan bahawa konsep raja berperlembagaan di Tanah Melayu bukanlah suatu yang asing. Raja Melayu memerintah berpaksikan ajaran agama Islam yang diterjemahkan melalui adat Melayu, tidak seperti ditohmahkan melalui frasa bersultan di hati beraja di mata. ***** Pahang is the old government in Malaya. As a government, there must be, in practice, a system that regulates government affairs and relations between various parties in the sphere of its statehood. Pahang, being a sovereign sultanate, certainly has its own rules and laws. The law of the Pahang Code is a testament to the degree of civilisation achieved by the traditional rule in Malaya. This article aims to investigate the Law of the Pahang Code from the characteristics of a modern constitution. This study is a qualitative legal analysis using Watanic jurisprudence. This analysis examines the principles of sovereignty and constitutional features embedded in the Law of the Pahang Code. The book entitled Sejarah Pahang, written by Haji Buyong Adil (1972), was used as the main source of historical reference. This study does not intend to discuss every element of its constitutional characteristics. The findings showed that the concept of constitutional Monarchy in Malaya is not alien. Malay rulers ruled based on the teachings of Islam transformed through Malay customs, as opposed to the phrase “Bersultan di hati beraja di mata”.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kesultanan Pahang, Hukum Kanun Pahang, Jurisprudens watan, Raja berperlembagaan, Negeri Melayu berdaulat // Sultanate of Pahang, Law of the Pahang Code, Watanic Jurisprudence, Constitutional ruler, Sovereign Malay State |
Subjects: | K Law > K Law (General) K Law > K3165 Constitutional Law K Law > KPG Malaysia > KPGG3000 Pahang |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) |
Depositing User: | Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain |
Date Deposited: | 17 Apr 2024 09:39 |
Last Modified: | 17 Apr 2024 09:56 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/111759 |
Actions (login required)
View Item |